MBPJ, syarikat insurans ‘bergabung’ tanam pokok di Taman Jaya


  • Primer
  • Khamis, 12 Dis 2024

Usaha penanaman pokok akan mewujudkan perasaan mencinta alam sekitar dalam kalangan generasi akan datang.

UNTUK menggalakkan usaha orang ramai dalam memelihara sumber asli dalam negara selain mengurangkan jejak karbon, MCIS Insurance Bhd menjalankan kerja-kerja penanaman pokok di sebuah taman rekreasi bertempat di Taman Jaya, Petaling Jaya, Selangor.

Usaha tersebut dijalankan dengan kerjasama Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) berserta misi mereka untuk memperkukuhkan komitmen terhadap kelestarian alam sekitar serta menggalakkan penglibatan masyarakat.

Ia diadakan bersempena sambutan Hari Terbuka Taman Jaya 2024 anjuran MBPJ dan dilancarkan Datuk Bandar Petaling Jaya, Mohamad Zahri Samingon.

BACA LAGI: Selangor tingkat usaha tanam lebih banyak pokok, capai sasaran 11 juta menjelang 2026

BACA LAGI: 245 sukarelawan bersihkan pantai, tanam pokok demi kelestarian alam

Petaling Jaya mayor Mohamad Zahri Samingon (centre) smiling for a group photo with the team from MCIS Life.

Zahri (tengah) berasa bangga akan penganjuran program tersebut.

Majlis berkenaan turut dihadiri Pengerusi MCIS Life, Mohammad Nizar Idirs, Prasheem Seebran yang merupakan pengarah urusan syarikat serta Pengarah Jabatan Landskap MBPJ, Dr Badrulzaman Jaafar.

Selain itu, beberapa pihak pengurusan tertinggi MCIS Life, pegawai kerajaan tempatan serta ahli komuniti turut hadir dalam program terbabit.

Inisiatif itu membuktikan sebuah lagi langkah daripada syarikat dalam memelihara kelestarian alam sekitar.

Prasheem turut menegaskan mengenai kepentingan untuk bekerjasama dalam menyuarakan isu perubahan iklim.

"Hari ini, sedang kita sibuk menanam pokok, kita juga sedang membangunkan masa depan yang mementingkan kehijauan kerana kita turut menyemai cita-cita. Insiatif ini membuktikan komitmen kami terhadap kelestarian dalam memastikan generasi akan datang mewarisi planet yang sihat.

WhatsApp Image 2024-12-12 at 9.56.25 PM

Sebahagian kakitangan MCIS yang terlibat dalam program penanaman pokok di Petaling Jaya itu.

"Di MCIS Life, kami percaya bahawa kemajuan terletak dalam usaha bersama, bukan sahaja dari segi kesejahteraan kewangan terhadap pelanggan kami, namun untuk kesemua mereka yang berada di luar sana," katanya.

Syarikat insurans itu juga percaya inisiatif penanaman pokok akan membantu memerangi isu perubahan iklim dengan setiap pokok menjadi simbol kerjasama utuh pelbagai pihak untuk menjaga planet.

Mohamad Zahri yang mewakili Petaling Jaya turut menekankan manfaat besar yang bakal dinikmati daripada program berkenaan, termasuk menjadikan kualiti udara semakin sihat.

“Selain impak alam sekitar, program ini menggalakkan gaya hidup sihat dan memupuk penghargaan yang lebih mendalam terhadap alam semula jadi. Saya berharap inisiatif ini dapat diinstitusikan sebagai program tahunan MBPJ,” katanya.

MCIS Life sebelum ini melancarkan projek seperti MCIS Life Legacy Forest di Taman Sireh Johor di Iskandar Puteri yang mana syarikat tersebut menyumbang RM1 juta untuk menanam pokok hutan hujan endemik.

Lebih 6,000 pokok sudah ditanam di taman itu yang dijangka dapat mengimbangi kira-kira 567 tan karbon menjelang 2029. — The Star

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram