Pensyarah, graduan UiTM berjasa besar pulih Tugu Negara lepas diletupkan komunis


  • Massa
  • Sabtu, 07 Dis 2024

Keempat-empat individu penting yang terlibat dalam proses membaik pulih monumen Tugu Negara.

BERDIRI tinggi dan megah pada ketinggian 15.4 meter, Tugu Negara di Taman Botani Perdana, Kuala Lumpur bukanlah sekadar perhiasan di sebalik patung bersadur gangsa dengan kibaran Jalur Gemilang.

Ia merupakan simbolik perjuangan askar tanah air dalam melawan dan membebaskan Tanah Melayu daripada tangan penjajah.

Tugu Negara diilhamkan oleh Perdana Menteri pertama, Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj dan siap dibina pada 1966 sempena memperingati semua perajurit yang gugur dalam Perang Dunia Pertama (1914-1918), Perang Dunia Kedua (1935-1942) dan Darurat Tanah Melayu (1948-1960).

BACA LAGI: 'Ibu dulu baru kamu', kisah Irina Shayk-CR7 bukti sayang belum cukup tandingi pengorbanan orang tua

BACA LAGI: Bertarung nyawa lawan kanser tulang rawan, isteri Cikgu Din meninggal dunia

Four sculptors who worked on the restoration of the National Monument or Tugu Negara when it was bombed by communist terrorists in August 1975 are reuniting after 46 years. Zolkeply Maulana, Mufti Jantan and Abdul Mansoor, Christopher Carney .. -–KAMARUL ARIFFIN/The Star

Tugu Negara yang tersergam indah sempena memperingati semua perajurit yang gugur dalam Perang Dunia Pertama, Perang Dunia Kedua dan Darurat Tanah Melayu.

Tugu Negara yang berdiri megah di ibu negara berhampiran dengan bangunan Parlimen mempunyai ketinggian 15 meter diperbuat daripada gangsa dan direka oleh Felix de Weldon iaitu seorang pengukir daripada Austria.

Di sebalik kemegahan itu, mungkin ramai generasi hari ini tidak mengetahui bahawa monumen tersergam megah tersebut pernah diletupkan pengganas komunis pada 26 Ogos 1975.

Hancur luluh hati rakyat Malaysia saat mengetahui tugu kebanggaan negara rosak teruk akibat serangan terbabit.

Susulan peristiwa tersebut pihak kerajaan telah menugaskan bekas pensyarah Institut Teknologi MARA (ITM) atau kini ditukar dengan nama Universiti Teknologi MARA (UiTM), Christopher Bartley Carney, 74, mengambil alih dalam membantu memulihkan monumen itu.

Carney dibantu tiga graduan lepasan Fakulti Seni Kreatif UiTM iaitu Abdul Mansoor Ibrahim, 71; Abdul Mukti Jantan, 73, dan Zolkeply Maulana berusia 69 tahun bagi menyempurnakan proses berkenaan.

+++ 4th pix +++ The three artists and a few welders from Jabatan Kerja Raya (Public Works Department) are seen at the top of the Tugu Negara during restoration work in 1975.

Proses membaik pulih arca yang rosak akibat dibom oleh pengganas komunis pada 1975.

Proses pemulihan yang mengambil masa kira-kira setahun satu minggu itu berjaya disiapkan pada 11 April 1977.

Tugu Negara kemudiannya dibuka kepada orang awam dan pelancong pada 11 Mei tahun yang sama.

Kos pemulihan dianggarkan sebanyak RM1 juta dengan hampir RM1.3 juta diterima daripada orang ramai melalui dana pemulihan.

Kini, selepas lebih 46 tahun berlalu keempat-empat pengarca yang terlibat dalam proses membaik pulih dipertemukan semula pada 17 Oktober 2023 di hadapan Tugu Negara bagi mengenang kenangan pahit dan manis tatkala menggalas amanah tersebut.

Mengimbau kembali memori indah itu, Abdul Mukti berkata, jejak kasih tersebut sebenarnya sudah dirancang sejak tiga tahun lalu, namun terpaksa ditangguhkan dek pandemik Covid-19.

Kongsi Abdul Mukti, semuanya bertiktik tolak daripada pesanan ringkas 'Hi Buddy, it’s been a long time' yang diterima daripada Zolkeply pada 28 Disember 2020.

Four sculptors who worked on the restoration of the National Monument or Tugu Negara when it was bombed by communist terrorists in August 1975 are reuniting after 46 years. Zolkeply Maulana, Mufti Jantan and Abdul Mansoor, Christopher Carney .. -–KAMARUL ARIFFIN/The Star

Proses membaik pulih Tugu Negara yang mengambil masa kira-kira setahun.

Kemudian, diikuti mesej daripada Abdul Mansoor pada 16 Januari 2021 yang memberitahu bahawa beliau baru sahaja mendapatkan informasi tentang Facebook Abdul Mukti melalui seorang kenalan mereka bernama Joey.

Sehinggalah mesej terakhir diterima daripada Carney pada 28 Januari 2021 mencadangkan agar mereka bertemu empat mata dan mengimbau semula momen.

"Saya mencadangkan agar reunion kami di hadapan Tugu Negara. Pertemuan ini perlu direncanakan sebaiknya kerana saya kini menetap di Los Angeles, Amerika Syarikat (AS) manakala Carney pula di Port Huon, Tasmania," jelasnya yang sudah berkelana di AS selama 42 tahun.

Bercerita lanjut, Abdul Mukti menyatakan bahawa mereka terpaksa mengharungi pelbagai cabaran dalam usaha menyiapkan monumen berharga itu.

Bukan sahaja berdepan cuaca tidak menentu, malah mereka turut menerima surat layang tertera ugutan untuk mencederakan mereka.

Four sculptors who worked on the restoration of the National Monument or Tugu Negara when it was bombed by communist terrorists in August 1975 are reuniting after 46 years. Zolkeply Maulana, Mufti Jantan and Abdul Mansoor, Christopher Carney .. -–KAMARUL ARIFFIN/The Star

Beberapa keping gambar kenangan ketika proses tersebut.

Katanya, bahaya sentiasa ada pada zaman itu termasuk ancaman komunis.

Oleh itu, Pasukan Polis Hutan (kini Pasukan Gerakan Am) sentiasa membuat rondaan bagi melindungi keselamatan mereka yang adakalanya terpaksa bekerja hingga waktu malam.

"Saya secara peribadi tidak menerima surat layang tersebut, tetapi mesejnya dihantar secara diam-diam kepada saya oleh Jawatankuasa Kerja.

"Dua hari kemudian, kelihatan anggota Pasukan Polis Hutan meronda di tapak kerja kami dan Taman Tasik sekitar monumen, setiap hari dari tengah hari hingga tengah malam sehingga tamat projek baik pulih," ujarnya.

Dalam pada itu, kejadian banjir yang melanda Terengganu sewaktu proses pemulihan juga menjadi antara cabaran tidak dapat dilupakannya.

Ini disebabkan Carney merancang menggunakan faundri (tempat logam) yang dihasilkan di Lembaga Kraftangan Mara Terengganu bagi proses tuangan gangsa untuk menyempurnakan projek pemulihan tersebut.

"Namun, banjir berlaku sewaktu proses pengambilan merupakan salah satu dugaan yang tidak dapat dilupakan," jelasnya menutup bicara. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram