POLIS telah merekodkan kenyataan daripada pemilik berdaftar kereta yang terbakar selepas kemalangan di Lebuhraya Persekutuan, Kuala Lumpur pada Khamis sehingga menyebabkan pemandunya rentung.
Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Shahrulnizam Ja'afar berkata, berdasarkan keterangan diambil itu, pemilik kereta terbabit mengesyaki mangsa maut dalam kejadian berkenaan ialah anaknya.
BACA LAGI: [VIDEO] Sudah bermaafan, penjual teh ais rayu Presiden Prabowo tolak peletakan jawatan Gus Miftah
“Bagaimanapun, identiti mangsa tidak dapat disahkan sehingga laporan ujian DNA diperoleh yang dijangka mengambil masa antara satu hingga dua minggu,” katanya dalam satu kenyataan pada Sabtu.
Pada Khamis, dilaporkan bahawa seorang pemandu maut apabila kenderaan dipandunya hilang kawalan dan melanggar tiang Transit Aliran Ringan (LRT) sebelum terbakar.
Siasatan awal mendapati kemalangan yang berlaku pada pukul 6.20 pagi itu melibatkan sebuah kereta jenis Honda Accord.
Kes terbabit disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987. — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram