DUA pelancong maut dalam kejadian sebatang pokok besar tumbang destinasi di pelancongan popular di Bali, Indonesia.
Kejadian ngeri itu berlaku di pusat perlindungan Hutan Monyet di Ubud ketika tengah hari waktu tempatan pada Selasa.
Difahamkan sebatang pokok beringin, pokok pule dan pokok kresek yang tumbuh di sebelah kuil tumbang akibat angin kencang dan hujan lebat.
Dua warga asing wanita yang terbunuh dipercayai berusia 32 tahun dari Perancis dan 42 tahun dari Korea Selatan.
Beberapa pelancong lain juga dilaporkan cedera namun, pihak berkuasa tempatan belum mengesahkan jumlah sebenar mangsa terbabit.
TRIGGER WARNING
Kejadian di Monkey Forest, Bali pic.twitter.com/Xxhyxr2vra
— @ (@anthraxxx781) December 11, 2024
Rakaman kamera keselamatan litar tertutup (CCTV) menunjukkan pelancong dilihat ketakutan berlari menyelamatkan diri apabila sebatang pokok besar tumbang dalam waktu yang cukup pantas.
Sebahagian daripada mereka yang melarikan diri daripada bahaya termasuk keluarga muda yang sedang membawa anak kecil dengan kereta sorong.
Klip lain dikongsikan orang awam memaparkan menunjukkan laluan terbabit dipenuhi dengan dahan pokok manakala satu lagi video berasingan memaparkan mangsa yang cedera sedang menerima rawatan perubatan.
Beberapa laporan menyatakan dalam kejadian tersebut, ramai pelancong lari menyelamatkan diri selepas mendapati berlakunya insiden dahan patah.
Tempat perlindungan itu segera dikosongkan dan akan ditutup sehingga Khamis.
Kakitangan dan pelancong cuba membantu mangsa sebelum perkhidmatan kecemasan tiba di tempat kejadian.
Pengurus besar Huta Monyet, Wayan Lilir memberitahu polis bahawa insiden itu terjadi susulan 'angin kencang dan hujan lebat yang tiba-tiba berlaku'.
"Tidak lama selepas itu, bunyi seperti pokok hendak tumbang kedengaran.
"Ketika itu, terdapat ramai pelancong sedang datang melawat dan cuba berlari menyelamatkan diri, tetapi terdapat beberapa pelancong yang dihempap pokok itu," ujarnya.
Keadaan di lokasi kejadian selepas tragedi tersebut. — Agensi
Tambahnya, pokok yang tumbang itu berada dalam keadaan sihat dan pemantauan dan penjagaan pokok dilakukan secara berkala
Kakitangan dan orang ramai membantu seorang wanita Korea Selatan yang cedera parah, 43, yang kemudiannya dikejarkan ke Hospital Perubatan Kenak.
Beberapa pelancong terlibat dirawat di klinik pelancongan Hutan Monyet Ubud.
Polis melancarkan siasatan ke atas tragedi itu.
Ketua Polis Ubud, Pesuruhjaya Gusti Nyoman Sudarsana berkata, pihaknya sedang menyiasat dan menyelaraskan dengan konsulat Korea Selatan dan Perancis.
Dalam pada itu, Pesuruhjaya Kanan Polis Bali, Jansen Avitus Panjaitan berkata, "Beberapa hari kebelakangan ini cuaca sangat melampau dan tidak dapat diramalkan, hujan disertai angin kencang boleh datang pada bila-bila masa dan tanpa sebarang amaran."
Upacara pembersihan tradisional akan diadakan pada masa yang sesuai untuk menghormati kejadian dan mereka yang kehilangan nyawa.
Tempat perlindungan seluas 12.5 hektar adalah destinasi pelancongan popular untuk pelancong berinteraksi dengan lebih daripada 1200 kera ekor panjang yang menjadikan hutan itu sebagai rumah.
Pengunjung perlu mengambil perjalanan selama dua jam dengan kereta dari Kuta ke tapak tersebut. — Agensi
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram