Pemaju hartanah Melaka derma hadiah kemenangan RM5,000 demi pesakit kanser


  • Bizz
  • Selasa, 10 Dis 2024

Muhammad Fikri menderma RM5,000 kepada pesakit kanser dan akan melakukan lebih banyak lagi untuk NCSM pada masa akan datang.

SEORANG pemaju hartanah berumur 33 tahun baru-baru ini memenangi dua anugerah keusahawanan, mendermakan hadiah kemenangannya untuk tujuan kebajikan berkaitan kanser.

Pengarah Suria Harmoni Resources Sdn Bhd, Muhammad Fikri Mohd Ali berkata, dia mengambil keputusan untuk meraikan kemenangannya dengan berkongsi dengan orang lain.

"Saya menganggap ini sebagai satu rezeki dan memutuskan untuk menderma kepada badan kebajikan sebagai cara meraikan kemenangan saya," ujarnya.

BACA LAGI: Usaha kreatif lelaki Terangganu guna tong drum elak katil bapa terlantar sakit dibawa arus banjir

BACA LAGI: [VIDEO] Tragedi banjir, lelaki maut kena renjatan elektrik ketika tutup suis mesin basuh di Pasir Puteh

3045571

Acara tahunan RFL adalah program kesedaran dan pengumpulan dana yang disokong oleh matlamat memberikan sokongan terhadap pesakit kanser.

Menurutnya, dia menghubungi Persatuan Kanser Nasional Malaysia (NCSM) cawangan Melaka selepas diberitahu bahawa mereka akan menganjurkan acara tahunan Relay for Life (RFL) di halaman Manipal College University di situ.

Muhammad Fikri berkata, dia tidak menyangka NCSM menjemputnya untuk merasmikan pelepasan acara larian RFL dan menjadi tetamu kehormat di acara tersebut.

"Saya mendermakan RM5,000 pada acara itu dan akan terus menyumbang lebih banyak untuk NCSM pada masa akan datang," tambahnya.

Dia berkata, penyampaian anugerah yang paling bersejarah buat dirinya adalah pada edisi ke-11 Seba Awards 2024 di Kuala Lumpur pada 14 November 2024.

"Saya berasa berbangga dapat berada dalam kalangan tokoh-tokoh terkemuka seperti Pengerusi Bernama, Datuk Seri Wong Chun Wai, yang dianugerahkan Anugerah Personaliti Media Tahun Ini pada hari berkenaan.

"Ia bukan pencapaian yang mudah apabila seorang tokoh media terkemuka yang membentuk semangat Malaysia dalam diri saya melalui artikel-artikelnya sejak kecil turut dinamakan penerima anugerah berprestij itu," katanya.

Muhammad Fikri turut memenangi anugerah kedua pada acara Anugerah 100 Usahawan Muda Paling Berpengaruh 2024 (100 MIYE) yang juga berlangsung di Kuala Lumpur pada bulan lepas.

Dalam pada itu, pemaju hartanah di Melaka itu tidak asing lagi dalam kerja kebajikan dan pernah memainkan peranan penting dalam mengumpul dana untuk mangsa perang Palestin.

Malah dia turut menyumbang dan menyediakan bantuan kepada golongan memerlukan semasa Bazaar Ramadan Melaka Grand (Melgrab) yang diadakan setiap tahun di Jalan Hang Tuah.

Pada bulan Mac, usahawan muda itu juga berjaya menaja dana untuk kecemerlangan sukan di SJK(C) Pay Teck.

3045572

Muhammad Fikri tidak menyangka NCSM menjemputnya untuk merasmikan pelepasan acara larian RFL dan menjadi tetamu kehormat di acara tersebut.

Muhammad Fikri berkata, acara RFL boleh menjadi platform bagi semua lapisan masyarakat untuk bersatu dan melakukan kebaikan bagi komuniti terutamanya untuk para pejuang kanser.

Acara tahunan RFL adalah program kesedaran dan pengumpulan dana untuk kanser yang disokong oleh matlamat mulia bagi memberikan sokongan terhadap pesakit kanser.

Program berasaskan komuniti itu berjaya menarik ribuan orang termasuk pejuang kanser, belia dan pemimpin yang mewakili komuniti tempatan dan badan bukan kerajaan.

Difahamakan Presiden NCSM, Datuk Dr S. Saunthari Somasundaram, dan Pengarah Urusannya, Prof. Dr. M. Murallitharan, juga hadir di acara tersebut.

Dr. Murallitharan berkata, acara RFL akan diperluaskan ke Johor dan Pulau Pinang tahun depan.

Katanya, RFL kini dianjurkan di Kuala Lumpur, Ipoh dan Melaka untuk meningkatkan kesedaran tentang kanser.

"Kami juga merancang untuk menganjurkan RFL di negeri-negeri Pantai Timur serta Sabah dan Sarawak dalam masa terdekat," tambahnya.

Acara RFL Melaka turut mendapat sokongan kewangan daripada pakar onkologi klinikal, Dr. Daniel Wong, Birkin Hotel serta Poon Goor Soe Manufacture dari Batu Berendam, Melaka. — The Star

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram