SAFI kekal relevan dalam 'whitelist' Jakim, tawar biasiswa untuk mahasiswi cemerlang dari 20 buah IPTA


  • Bizz
  • Isnin, 09 Dis 2024

Dari kiri: Pakar jenama dan tinjauan maklumat SAFI, Kazlina Mohd Kassim; Pengurus Kumpulan Produk Safi, Azuin Abdul Aziz dan Rozaina (kanan) bergambar bersama penerima biasiswa Program Biasiswa Siswi SAFI.

MESKIPUN dengan lambakan produk kosmetik di pasaran sama ada buatan tempatan mahupun luar negara, jenama penjagaan diri halal terkemuka Malaysia, SAFI terus mengekalkan kedudukannya sebagai pilihan utama pengguna.

Sejak diperkenalkan pada 1985, SAFI berjaya memikat hati pengguna dengan mengekalkan falsafah produk yang berasaskan bahan semula jadi, inovasi teknologi dan kepatuhan kepada piawaian halal yang ketat.

Kepercayaan pengguna terhadap jenama ini kekal teguh meskipun persaingan daripada jenama antarabangsa semakin meningkat.

BACA LAGI: [VIDEO] 'Customer' sampai nak buat menantu, penangan cucur kembung gadis persis Ummi Nazeera pikat hati pelanggan

BACA LAGI: 'Usaha tidak khianati hasil', persepsi negatif tak jadi penghalang Faeeza Noor sukses buka butik pakaian, aksesori di Semenyih

WhatsApp Image 2024-12-08 at 01.36.50

Rozaina berkata, kepercayaan berterusan pengguna terhadap SAFI menjadi asas kukuh kejayaan produk halal ini.

Jenama itu juga berjaya menarik perhatian generasi muda melalui pelancaran rangkaian produk khusus seperti SAFI Balqis, yang menyasarkan golongan remaja dan SAFI Rania Gold, yang memfokuskan pada penjagaan anti-penuaan.

Kempen pemasaran kreatif serta pendekatan mesra budaya tempatan turut membantu SAFI kekal relevan dalam kalangan pengguna.

Pengurus Hal Ehwal Korporat dan Kawalselia SAFI, Rozaina Mahmod berkata, kepercayaan berterusan pengguna terhadap jenama tersebut bukan sahaja menjadi asas kukuh kejayaan produk halal ini, malah menjadi pemangkin kepada SAFI untuk terus menyumbang semula kepada masyarakat dalam pelbagai bentuk.

Terbaharu ujar beliau, syarikat itu mengambil inisiatif untuk melancarkan Program Biasiswa Siswi SAFI sebagai langkah mendukung wanita Malaysia memacu masa hadapan.

Menurutnya, program yang pertama kali diperkenalkan pada April 2024 itu memberikan biasiswa kepada enam siswi cemerlang dari 20 Institut Pengajian Tinggi Awam (IPTA).

20241206 A158

Antara lima penerima biasiswa yang terpilih dalam Program Biasiswa Siswi SAFI.

"Ia bertujuan membantu mereka mencapai impian melalui sokongan kewangan dan pembangunan diri.

"Langkah tersebut menandakan satu lagi inisiatif SAFI dalam memberikan sumbangan bermakna kepada masyarakat selepas hampir 40 tahun menjadi sebahagian daripada kehidupan rakyat Malaysia.

“Dari dulu SAFI memang aktif dalam khidmat masyarakat seperti menyantuni anak yatim dan memberi sumbangan kecil kepada organisasi komuniti.

"Namun kali ini, kami berhasrat untuk memberi impak untuk jangka masa lebih panjang, jadi tercetuslah idea untuk menjalankan program biasiswa ini,” katanya kepada Majoriti.

Rozaina menjelaskan, uniknya program tersebut, SAFI tidak meletakkan syarat yang mengikat penerima biasiswa untuk bekerja di bawah syarikat, yakni satu ciri yang jarang ditawarkan oleh biasiswa korporat.

Ini kerana ujar wanita berasal dari Pulau Pinang itu, pihaknya percaya pada konsep pemerkasaan.

“Apabila kita bantu seseorang, kita nak mereka berkembang dengan kemampuan sendiri tanpa tekanan untuk membalas budi.

"Meskipun tiada ikatan pekerjaan, pelajar diberikan peluang untuk menjalani latihan amali di SAFI, sekali gus membuka laluan kepada pengalaman kerja korporat,” tambahnya.

Menerima lebih 900 penyertaan, program berkenaan menampilkan proses pemilihan merangkumi kriteria akademik dan penilaian kendiri melalui sesi bootcamp.

Snapinsta.app_466134788_990436843125357_2602321980589436388_n_1080

Keunikan SAFI juga terletak pada usaha penyelidikan dan pembangunan (R&D) dalaman.

Mengulas lanjut mengenai program itu lagi, Rozaina memberitahu, setiap penyertaan yang lengkap diminta menghantar video pengenalan diri, sebelum 40 siswi yang menepati ciri-ciri dan aspirasi jenama SAFI disenarai pendek untuk menyertai bootcamp secara dalam talian.

"Kriteria pemilihan termasuk mempunyai CGPA sekurang-kurangnya 3.0 dan aktif dalam aktiviti menepati misi dan visi jenama SAFI dalam memperkasa wanita untuk memacu masa hadapan.

"Dalam bootcamp ini, mereka dinilai dari segi kemahiran komunikasi, kreativiti dan kerjasama dalam satu cabaran penyediaan kertas kerja. Enam siswi yang menunjukkan dedikasi luar biasa kemudian dipilih sebagai penerima biasiswa ini," ujarnya.

Mereka yang terpilih untuk menerima Biasiswa Siswi SAFI ialah Aishah Umairah Ariffin dari Universiti Putra Malaysia (UPM) Serdang; Alia Lai Mohd Fikri Lai dan Nurfadhilah Ab Hamid dari Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) Perak; Puteri Nurdiayanatul Akmal A Rahman dari Universiti Teknologi Malaysia (UTM) Johor; Nurul Fatihah Suhaimi dari Universiti Malaya (UM) Petaling Jaya serta Nor Alya Farisah Nor Azman dari Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) Bangi.

Senarai putih JAKIM

Sebagai jenama kosmetik halal terbesar di Malaysia, SAFI berhasrat terus memperkasakan kedudukannya sebagai peneraju produk penjagaan diri yang patuh syariah dalam tempoh lima tahun akan datang.

Menurut Rozaina, syarikat ini kekal dinamik dengan mengadaptasi perkembangan teknologi, media sosial dan kecerdasan buatan (AI) untuk menarik minat pengguna dan meningkatkan penglibatan terhadap produk.

Beliau turut menekankan komitmen syarikat sebagai pengeluar terbesar produk kosmetik halal di Malaysia, dengan rekod cemerlang sebagai syarikat senarai putih (whitelist) dalam urusan dengan badan pensijilan halal seperti Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) dan Jabatan Agama Islam Selangor (Jais).

“Sebagai syarikat whitelist, proses pembaharuan sijil halal kami mengambil masa hanya satu hingga dua bulan, jauh lebih pantas berbanding tempoh biasa.

"Ini menunjukkan tahap kepatuhan kami yang sangat tinggi dan konsisten,” tambahnya.

Snapinsta.app_468156572_1068342895022835_1068344849837764772_n_1080

Kempen pemasaran kreatif dan pendekatan mesra budaya tempatan turut membantu SAFI kekal relevan dalam kalangan pengguna.

Keunikan SAFI juga terletak pada usaha penyelidikan dan pembangunan (R&D) dalaman.

Jelas Rozaina, pasukan saintis dan ahli kimia syarikat dilatih di luar negara untuk menguasai teknologi terkini, sebelum kembali ke Malaysia untuk memastikan setiap bahan mentah yang digunakan mematuhi piawaian halal.

“Bahan mentah yang ingin kami gunakan akan disaring terlebih dahulu oleh pasukan berkaitan. Ia tidak akan dibawa masuk sehingga terbukti halal.

"Kami juga memastikan produk kami bebas ujian haiwan dan menggunakan sumber yang baik serta selamat untuk pengguna,” katanya sambil memberitahu SAFI sudah mengeluarkan anggaran 500 hingga 600 produk sehingga kini.

Dalam usaha mengekalkan daya saing, jenama itu turut menumpukan penyelesaian kepada masalah yang dihadapi kebanyakan rakyat Malaysia melalui pelaburan besar dalam penyelidikan dan pembangunan (R&D).

Itu menurutnya, adalah langkah penting untuk terus kekal relevan dan diminati pengguna.

“Kami percaya bahawa halal bukan sekadar label, tetapi jaminan keselamatan dan kualiti.

"Dengan mematuhi standard ini, SAFI bukan sahaja menonjol sebagai jenama halal, tetapi juga sebagai pilihan utama yang dipercayai oleh rakyat Malaysia,” katanya mengakhiri perbualan. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram