BINTANG bola sepak Cristiano Ronaldo ternyata mempunyai kisah peribadi yang hampir mengganggu kariernya.
Sebelum menjalinkan hubungan dengan pilihan hatinya sekarang, Georgina Rodriguez, Ronaldo pernah bersama model terkenal Rusia, Irina Shyak.
Irina dikatakan jenis individu yang kerap bersosial, malah pernah dikaitkan dengan beberapa selebriti Hollywood.
BACA LAGI: Jumpa Kedah waktu petang hari bekerja, ekor TBG sudah letak harapan buat warga Manjung
BACA LAGI: Sebak lihat Sony, Nafuzi tinggalkan Kedah, Milos Gordic luah kebimbangan bersama Sang Kenari
Ronaldo (kanan) yang pernah bersama Irina (kiri) suatu ketika dahulu.
Dia juga pernah membuat kemunculan di kaca televisyen dalam sebuah iklan bersama Ronaldo suatu ketika dahulu.
Tidak lama kemudian, Ronaldo dikhabarkan mempunyai hubungan rapat dengannya meskipun terdapat ura-ura negatif tentang Irina.
Hubungan mereka juga dikatakan tidak sihat sehingga membuat Ronaldo tersepit di antara ibunya dan Irina.
Berdasarkan cerita yang dikongsikan peminat Ronaldo di Facebook Axello Riise, Ronaldo juga sanggup memujuk bekas teman wanitanya dengan kemewahan yang ada.
"Banyak gosip liar pasal Irina ni namun Ronaldo tetap sayang dia. Kalau dia merajuk Ronaldo pujuk dia sampai naik jet peribadi.
"Sampai satu tahap dia fikir Ronaldo ni tak boleh hidup tanpa dia. Dia mulai cuba mengawal Ronaldo dari penampilan sehinggalah pergaulan.
"Sampai Sir Alex (Ferguson) pengendali Manchester United ketika Ronaldo beraksi bersama kelab itu pun pernah risau dia akan hanyut dalam dunia selebriti macam David Beckham," tulisnya.
Georgina (kiri) kini merupakan pasangan hidup Ronaldo yang lebih baik. — Agensi
Katanya, ia berlarutan sehingga ada satu tahap di mana Irina mula mempersoalkan dan memaksa Ronaldo untuk memilihnya atau ibunya di Portugal.
Ronaldo yang juga terkenal dengan jolokan CR7, ketika itu sering mengutamakan ibunya hingga situasi berkenaan memberi sedikit ketidakselesaan terhadap Irina.
"Pada satu hari, Irina ni mulai persoalkan kenapa Ronaldo suka bawa ibu dia ke mana sahaja. Bercuti pun bawa sekali.
"Irina dah tak tahan kalau bercuti pun ada ibu Ronaldo ikut sekali.
"Lalu Ronaldo cakap dengan Irina, kalau dia suruh memilih ibu dia. Dia cakap tak akan ada seorang pun wanita di dunia boleh ganti ibunya.
"Ronaldo kata, 'jika perempuan itu tak suka ibu kamu, kamu sedang bersama perempuan yang salah. Ibu adalah wanita yang bersama kamu sejak kamu kecil. Ketika kamu tidak ada apa apa atau bukan siapa-siapa'.
"Bukan itu sahaja, Ronaldo juga kata 'ibu saya buat macam-macam kerja untuk berikan saya makan dan belikan saya kasut bola. Jadi, saya akan berjuang untuk dia sehingga saya mati dia akan di sisi saya'," tambahnya.
Selepas sahaja Ronaldo membuat keputusan itu dan memutuskan hubungannya, dia bertemu dengan Georgina yang lebih mengutamakan keluarga.
Georgina juga bertanggungjawab menjaga anak-anak mereka termasuk ibu Ronaldo.
Kisah itu sekali gus mengajar orang ramai bahawa tidak semua pilihan yang disayangi mampu memberi kehidupan sempurna.
Sifat tanggungjawab Ronaldo ke atas ibunya juga perlu dicontohi masyarakat kini terutama kepada pasangan-pasangan muda untuk tidak terus hanyut atau lupa diri. — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram