MAJLIS Bandaraya Diraja Klang (MBDK) menegaskan pelbagai proses perlu diambil kira sebelum kerja-kerja penyelenggaraan pokok boleh diambil pihak tersebut.
Pengarah Jabatan Komunikasi Korporat MBDK, Norfiza Mahfiz berkata, ini termasuk kontrak panel penyelenggaraan pokok serta taman rekreasi yang ditetapkan secara tahunan melalui Jabatan Landskap dan Rekreasi pihak berkenaan.
"Secara am, jabatan ini mengutamakan penyelenggaraan pokok yang boleh mengundang risiko kepada orang ramai seperti dilanda isu anai-anai, dahan bermasalah, isu akar serta merosakkan kemudahan awam.
BACA LAGI: Insiden pokok tumbang KL, ramai desak DBKL 'kosongkan' pokok tua tengah bandar raya
BACA LAGI: [VIDEO] Jamu selera ala-ala 'camping', kabin Joul&Sons turut pikat pelanggan luar Pokok Sena
"Sebelum ini, kontrak bagi kerja-kerja penyelenggaraan pokok hanya akan diluluskan bagi tempoh dua bulan dengan ia mengundang masalah kepada pihak kami," katanya.
Bagi Bandar Parklands, dia berkata, MBDK sudah mengadakan mesyuarat sebut harga untuk kontrak penyelenggaraan pokok sambil menjelaskan terdapat pelantikan tahunan untuk kontraktor.
Norfiza menjelaskan proses perlu ditempuhi untuk kerja-kerja penyelenggaraan pokok.
Tambah Norfiza, jabatan itu sudah menyalurkan dana RM3 juta untuk proses perolehan pokok hiasan bagi 2024 selain melantik enam panel bagi kerja-kerja penyelenggaraan.
"Pelantikan kesemua panel itu akan menguruskan pepohon hiasan yang ditanam bagi tujuan estetik dalam lingkungan 500 kilometer persegi.
"Kerja-kerja penyelenggaraan pokok dijalankan melalui input diterima menerusi pelbagai saluran seperti Aduan iResponze, maklum balas daripada ahli majlis MBDK, aduan penduduk yang mengunjungi kaunter jabatan dan laporan daripada kakitangan lapangan.
“Kesemua kerja ini dijalankan secara berjadual dan sistematik mengikut skop kerja sistem pengurusan pokok hiasan Jabatan Landskap Negara.
“Jabatan juga mempunyai pasukan dalaman sendiri jika keperluan tambahan diperlukan untuk kecemasan seperti pokok tumbang yang melebihi keupayaan panel penyelenggaraan pokok ameniti,” katanya. — The Star/AIDA AHMAD
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram