[VIDEO] Nahas 3 beranak, penunggang motosikal nyaris maut tercampak dari atas AKLEH


  • 112
  • Selasa, 03 Dis 2024

Tangkap layar memaparkan keadaan mangsa ketika diselamatkan anggota bomba.

SEORANG penunggang motosikal nyaris maut apabila tercampak ke dalam sungai selepas motosikal ditunggang bersama isteri dan anaknya terlibat kemalangan di Lebuhraya Bertingkat Ampang-Kuala Lumpur (AKLEH) di Kuala Lumpur, pada Ahad.

Komander Operasi Pegawai Bomba Kanan II Zainal Abidin Yusof berkata, pihaknya menerima panggilan berkaitan kejadian tersebut pada pukul 1.26 petang.

Menurutnya, seramai 10 anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Keramat dikejarkan ke lokasi kejadian.

BACA LAGI: Mula berjualan sejak universiti, duo graduan UKM, UM berganding bina Pelita Dhihin tumpu pasarkan 'buku berat'

BACA LAGI: Hanya sedia perkhidmatan SMS, syarikat anak Malaysia di Jepun dijual pada nilai cecah lebih RM8 juta

"Kemalangan membabitkan sebuah motosikal jenis Honda RS150 dinaiki tiga individu iaitu lelaki dan wanita serta seorang kanak-kanak perempuan.

"Penunggang motosikal iaitu seorang lelaki tempatan tercampak ke dalam sungai yang berada di bawah lebuh raya berkenaan," katanya dalam satu kenyataan.

Beliau berkata, mangsa bagaimanapun berjaya diselamatkan anggota bomba serta orang awam di lokasi kejadian.

Jelasnya, mangsa mengalami kecederaan patah bahagian kaki kanan manakala isteri dan anaknya mengalami kecederaan ringan serta diberikan rawatan awal.

"Semua mereka kemudiannya dihantar ke Hospital Kuala Lumpur untuk menerima rawatan lanjut.

"Kes diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan selanjutnya," katanya.

Kejadian itu sempat dirakam orang awam yang berada di lokasi kejadian sebelum dikongsikan di media sosial. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram