[VIDEO] Dek sikap 'selfish' pemandu lori langgar had tinggi, ‘rider’ sengsara dihempap palang besi di Bulatan Parlimen


  • Tular
  • Sabtu, 30 Nov 2024

Tangkap layar video pihak bomba sedang bertungkus lumus memberikan bantuan kepada mangsa.

SEORANG penunggang motosikal menjadi mangsa keadaan kemalangan selepas sebuah lori melanggar papan tanda di Bulatan Parlimen, Kuala Lumpur pada Jumaat (29 November).

Ketika kejadian pemandu lori itu telah menggunakan jalan had ketinggian yang dibenarkan sebelum melanggar papan tanda tersebut.

Disebabkan pelanggaran tersebut papan tanda had ketinggian itu telah jatuh dan menghimpap seorang pengguna motosikal yang secara kebetulan menggunakan jalan bertentangan.

BACA LAGI: Banyak panaskan bangku simpanan, rekod lampau Jorge Obregon bagaikan 'langit dan bumi' jika dibandingkan Bergson da Silva

BACA LAGI: 'Rajin pula turun latihan', fans Sang Kenari kritik pemain KDA FC boikot aksi Piala Malaysia 2024

Menerusi video yang dikongsikan orang ramai yang berada di tempat kejadian, pihak bomba telah datang untuk memberikan bantuan kepada penunggang motosikal itu.

Penunggang motosikal itu juga dipercayai mengalami kecederaan serius iaitu tulang patah pada bahagian tangan dan kaki apabila orang awam yang berada di kawasan kejadian menyatakan perkara tersebut.

Berdasarkan beberapa video dikongsikan orang ramai di media sosial, pihak bomba juga dilihat sukar untuk mengangkat palang besi yang telah menghimpap mangsa kejadian.

Pihak bomba juga turut dibantu oleh orang awam yang berada di tempat kejadian selepas mangsa dipercayai telah lama menunggu bantuan daripada pihak berwajib.

Berdasarkan rakaman audio dari video yang berada dalam media sosial, pemandu lori itu dipercayai melarikan diri selepas melanggar papan tanda had ketinggian itu.

Sehingga kini masih belum ada sebarang kenyataan rasmi daripada pihak berwajib berhubung insiden tersebut yang berlaku di Bulatan Parlimen, Kuala Lumpur. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram