POLIS kini memburu tujuh individu yang dipercayai terlibat dalam kes pembunuhan seorang lelaki di dalam bilik sebuah apartmen di Jalan Sungai Tapang dekat Kuching, Sarawak pada Ahad.
Setakat ini, tiga suspek ditahan bagi membantu siasatan berhubung kes tersebut.
Ketua Polis Daerah Padawan, Superintenden Mohamad Iwan Hafiz Md Radzi berkata, tiga suspek berusia antara 21 hingga 25 tahun itu ditahan sekitar tengah hari Isnin, dalam kawasan pentadbiran polis Kota Sentosa.
"Ketiga-tiga suspek akan dibawa ke mahkamah pada Selasa untuk permohonan reman bagi membantu siasatan lanjut.
BACA LAGI: [VIDEO] Lelaki maut tersepit, lori dipandu hilang kawalan sebelum rempuh tanker minyak di Dengkil
BACA LAGI: Tinggal berseorangan di Kulai, warga emas ditemukan maut dengan kesan tikaman
Tular satu video memaparkan sekumpulan lelaki dipercayai terlibat dengan satu kejadian bunuh sehari selepas kejadian seorang lelaki ditemukan maut dengan kesan beberapa tetakan di dalam bilik sebuah apartmen di Jalan Sungai Tapang dekat Kuching, Sarawak pada Ahad. pic.twitter.com/nx2zFGbbsc
— Nadine Ardine (@MoMoT_Nadine) December 2, 2024
"Polis kini masih mengesan tujuh lagi individu yang terlibat untuk membantu siasatan.
"Kes tersebut disiasat di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh," katanya.
Insiden itu berlaku sekitar pukul 5 pagi Isnin, berhampiran sebuah unit apartmen di Kota Sentosa, Kuching, yang terletak berdekatan kawasan kediaman kem tentera.
Mangsa, seorang lelaki berusia 22 tahun yang juga dikenali sebagai 'Si Hitam' dari Miri, ditemui mati selepas diserang dengan kejam di dalam unit apartmen tersebut.
Media melaporkan, mayat mangsa yang berlumuran darah ditemui dalam keadaan bersimpuh dan rebah.
Dilaporkan bahawa sekurang-kurangnya 12 lelaki bersenjatakan pedang samurai dan parang besar telah menyerbu apartmen mangsa untuk melakukan pembunuhan itu.
Selain itu, kumpulan tersebut turut merosakkan kenderaan jenis utiliti sukan (SUV) milik mangsa di kawasan parkir.
Mangsa dilaporkan menjalani gaya hidup mewah dan sering berkongsi gambar memandu kereta jenis Ferrari serta memakai pakaian dan jam tangan mahal di media sosial. — The Star
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram