SEORANG warga emas ditemukan maut dengan kesan tikaman objek tajam di ruang tamu rumah di Taman Bahagia, Senai dekat Kulai Johor pada Sabtu.
Menurut Ketua Polis Daerah Kulai, Asisten Komisioner Tan Seng Lee berkata, lelaki warga tempatan berusia 67 tahun itu dipercayai tinggal berseorangan di rumah tersebut.
"Maklumat berhubung kejadian diterima daripada seorang lelaki tempatan yang menelefon polis sekitar pukul 11.42 pagi, Sabtu.
BACA LAGI : 'Mental fizikal terkesan', ramai merayu menteri tangguh dulu SPM susulan banjir teruk
BACA LAGI : [VIDEO] Pesawat latihan terhempas, 2 juruterbang termasuk kapten wanita maut di Ecuador
"Pengadu memberitahu telah menjumpai seorang lelaki dalam keadaan terbaring berlumuran darah di ruang tamu rumahnya," katanya dalam satu kenyataan pada Ahad.
Menurut Seng Lee, hasil pemeriksaan ke atas tubuh badan mangsa mendapati terdapat kesan tikaman dipercayai menggunakan objek tajam.
"Siasatan di lokasi mendapati tiada barang mangsa yang hilang dan punca kejadian masih dalam siasatan," ujarnya.
Tembah beliau lagi, kes disiasat di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan.
"Pihak polis menggesa orang awam yang mempunyai sebarang maklumat mengenai kejadian tersebut boleh menghubungi Pegawai Penyiasat, Asisten Komisioner Nur Aniyah Ismail di talian 013-9792526 atau IPD Kulai 07-6632222," katanya. — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram