NASIB malang menimpa seorang penunggang wanita apabila kehilangan rantai leher dan cedera akibat diragut suspek lelaki di Pasir Penambang, Kuala Selangor, Selangor pada Sabtu lalu.
Kejadian berlaku ketika mangsa sedang menunggang bersendirian di kawasan tersebut sebelum didatangi suspek yang secara tiba-tiba merempuh mangsa hingga terjatuh.
Mangsa kemudiannya dikasari suspek yang terus menendang dan merampas barangan kemas itu usai membuat pusingan U di kawasan terbabit.
BACA LAGI: [VIDEO] Selepas 2 tahun, pemandu X50 merah kembali jadi pembuli jalan raya di Pulau Pinang
BACA LAGI: [VIDEO] Pemuda sesuka hati 'rem' motosikal semasa banjir, tak pasal-pasal dapat pengajaran berharga
Kejadian sempat dirakamkan menerusi kamera litar tertutup (CCTV) dan meraih perkongsian ramai di laman sosial.
Ketua Polis Daerah Kuala Selangor, Superintendan Azaharudin Tajudin berkata, pihaknya menerima laporan dan mengesahkan kejadian tersebut hasil aduan diterima.
"Kejadian tersebut menyebabkan mangsa mengalami kerugian seutas rantai leher.
"Mangsa juga mengalami kecederaan luka di bahagian lutut sebelah kiri serta calar di bahagian leher.
"Polis membuka kertas siasatan di bawah Seksyen 394 Kanun Keseksaan dan orang ramai yang mempunyai maklumat diminta tampil membantu siasatan," katanya menerusi kenyataan pada Isnin. — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram