[VIDEO] Selepas 2 tahun, pemandu X50 merah kembali jadi pembuli jalan raya di Pulau Pinang


  • Tular
  • Sabtu, 30 Nov 2024

Tangkap layar video tindakan pemandu X50 berwarna merah yang membuli pengguna jalan raya.

BAGAI tidak belajar dari kesilapan lalu.

Itulah ayat tepat untuk menggambarkan sikap seorang pemandu apabila mengulangi sikap buruknya yang boleh membahayakan keselamatan dan nyawa pengguna jalan raya lain.

Perkara ini bukanlah kali pertama dilakukan oleh seorang pemandu kereta jenis Proton X50 apabila dia pernah melakukannya dua tahun lalu.

BACA LAGI: [VIDEO] Dek sikap 'selfish' pemandu lori langgar had tinggi, ‘rider’ sengsara dihempap palang besi di Bulatan Parlimen

BACA LAGI: [VIDEO] Pemuda sesuka hati 'rem' motosikal semasa banjir, tak pasal-pasal dapat pengajaran berharga

Pada 2022, pemandu itu telah membuli pengguna jalan raya lain dengan menekan brek secara sengaja berkali-kali dan menghalang laluan pemandu lain.

Menerusi perkongsian video oleh Video Viral Malaysia di Facebook, terbaharu tindakan pemandu X50 berwarna merah itu dengan sengaja menekan brek secara mengejut dan berbahaya.

Cara pemanduan berbahaya oleh pemilik kereta itu boleh mengundang insiden yang tidak diingini kepada pengguna jalan raya yang lain.

Kejadian yang dipercayai berlaku di Pulau Pinang itu telah membuatkan orang ramai berang akan tindakan pemandu tersebut dengan mahu pihak berkuasa mengambil tanggungjawab mengenakan hukuman kepada pemilik kenderaan.

"JPJ (Jabatan Pengangkutan Jalan) patut ambil tindakan kepada pemandu terbabit dengan gantung lesen serta merta," kata Tuan Afi.

"Membahayakan nyawa orang lain, bukti dah sangat lengkap ini," jelas Mohd Faizai Othman.

"Guna MYJPJ untuk buat laporan dan laporan polis atas sebab pembuli jalanan," ujar Rangers Ku.

Selepas dua tahun, pemilik kenderaan tersebut masih lagi mengulangi sikap buruk yang sama apabila bertindak membuli pengguna jalan raya lain.

Sehingga kini masih belum ada sebarang kenyataan rasmi daripada pihak berkuasa berhubung tindakan pemilik kerata Proton X50 yang didakwa membuli pengguna jalan raya lain. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram