SEORANG lelaki bertindak memberikan pengajaran kepada sekumpulan penunggang motosikal selepas tindakan mereka yang dipercayai melakukan 'rem' (memulas pendikit) di hadapan orang ramai ketika mengharungi kawasan banjir.
Menerusi perkongsian video yang dikongsikan oleh Muhd Asrie dalam Facebook, lelaki berpakaian hitam itu bertindak turun daripada kenderaan pacuan empat roda sebelum menendang salah seorang kumpulan penunggang motosikal itu.
Tindakan lelaki itu telah menyebabkan rakan-rakan lain mangsa melarikan diri untuk mengelakkan daripada di pukul oleh individu tersebut.
Kejadian yang dipercayai berlaku di Kelantan itu mendapat pelbagai reaksi daripada orang ramai yang turut bersetuju dengan tindakan lelaki tersebut.
Ia kerana tindakan sekumpulan motosikal memulas pendikit sehingga menghasilkan bunyi bising ketika orang lain sedang mengharungi banjir boleh mendatangkan kemarahan orang ramai.
"Mahu tak marah, orang tengah sibuk dengan banjir dia (sekumpulan motosikal) sibuk 'rem-rem' motosikal," kata Azim Mustafah.
"Tak silap budak (penunggang motosikal) itu rem mengejek tak silap, ikut cerita yang di atas dah nasihat elok-elok," ujar Anok Hj Daud.
"Elok sangat itu, waktu (banjir) macam ini sepatutnya bersedia tolong orang kampung, ini pergi cari penyakit," jelas Muhamad Hafiz Mazlan.
Berdasarkan video berdurasi kurang seminit itu, lelaki tersebut tidak berhenti menendang penunggang motosikal itu sahaja.
Dia juga bertindak untuk menggejar penunggang motosikal itu dan memberhentikannya daripada lari selepas melakukan kesalahan.
Tidak dapat dipastikan selepas kejadian apa yang berlaku, namun tindakan penunggang motosikal rem pacuan dua rodanya ketika musim banjir sangat tidak bermoral. — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram