Rentas beratus kilometer demi 5 lokasi popular nasi kandar kuah banjir di P. Pinang


  • Bizz
  • Ahad, 01 Dis 2024

Nasi kandar dianggap sebagai menu wajib dinikmati dalam kalangan rakyat Malaysia.

KUAH kari dicampur dengan beberapa kuah lain kemudian disiram pula hingga ‘banjir’ menjadikan nasi kandar bagaikan menu wajib dinikmati dalam kalangan rakyat Malaysia.

Ayam goreng garing, kari limpa, telur ikan, sotong goreng, sayur bendi atau peria menjadikan hidangan tersebut cukup sempurna untuk santapan baik makan tengah hari, petang mahupun makan makan. Pendek kata, tiada waktu tertentu.

Maka, tidak hairanlah apabila ada individu yang sanggup memandu beratus kilometer (km) semata-mata untuk merasai kelazatan sajian yang cukup popular di Pulau Pinang.

BACA LAGI: 'Usaha tidak khianati hasil', persepsi negatif tak jadi penghalang Faeeza Noor sukses buka butik pakaian, aksesori di Semenyih

BACA LAGI: Bermula dari aksesori rambut, Antah 'hantar' tekstil asli Sabah ke persada global

Pulau Mutiara itu dianggap syurga penggemar nasi kandar kerana hampir setiap pelosok daerah di negeri itu mempunyai restoran menjual makanan berkenaan.

Sehubungan itu, di sini Majoriti menyenaraikan antara lima lokasi popular untuk menikmati nasi kandar.

Deen Maju

2

Perkhidmatan di Deen Maju sangat pantas dalam masa kurang 10 minit untuk seorang pelanggan.

Tidak lengkap seandainya ke Pulau Pinang jika tidak singgah di Deen Maju terletak di Jalan Gurdwara, George Town.

Pun demikian, anda perlu bersiap sedia beratur panjang sehingga beratus meter di tengah panas kerana premis itu mula beroperasi pada pukul 12 tengah hari. Lagipun, jarang sekali melihat kedai makan itu dalam keadaan lengang.

Namun begitu, usah khuatir walaupun barisan sentiasa panjang, perkhidmatan mereka sangat pantas dalam masa kurang 10 minit pelanggan sudah boleh memilih lauk kegemaran.

Jangan lupa untuk mencuba ayam goreng yang diperap dan kulitnya sangat rangup manakala ayam ros pula mempunyai rasa kari unik dengan tomato. Kuah kari di sana juga sangat pekat dan berkrim.

Hameediyah Nasi Kandar

3

Antara menu yang disediakan di Hameediyah Nasi Kandar.

Restoran tersebut cukup terkenal sebagai nasi kandar tertua di Pulau Pinang yang terletak di Lebuh Campbell, George Town. Perusahaan makanan itu kekal istimewa kerana masih menjalankan perniagaan di lokasi asal, selain mengekalkan resipi sejak lebih seabad.

Antara menu menggunakan resipi asli adalah daging goreng (ala rendang), kari ikan, kari kambing dan kari ayam. Kira-kira 30 hingga 40 jenis rempah yang digunakan juga masih sama.

Selain popular dengan ayam masak ros, ayam kapitan, daging goreng, nasi beriani dan martabak, menu istimewa lain seperti betis kambing, udang harimau dan sotong apollo turut menjadi pilihan ramai.

Jenama restoran berusia 118 tahun itu begitu popular sehingga beberapa cawangan turut dibuka seperti di Ampang, Selangor dan Bukit Bintang, Kuala Lumpur.

Restoran Kudu bin Abdul

4

Nasi kandar Restoran Kudu bin Abdul menjadi antara makanan kegemaran P Ramlee

Ayam masak kimma adalah tarikan utama restoran yang beroperasi di Jalan Tuanku Abdul Rahman, Kuala Lumpur. Ayam masak kimma itu mempunyai sedikit rasa pedas yang membuka selera ketika menikmatinya bersama nasi kandar.

Difahamkan, nasi kandar Restoran Kudu bin Abdul menjadi antara makanan kegemaran Seniman Negara, Tan Sri P. Ramlee kerana rasanya enak sama seperti nasi kandar di Pulau Pinang iaitu negeri kelahiran pelakon legenda berkenaan.

Menariknya, dekorasi bahagian di dalam restoran itu turut dipenuhi poster lama dan gambar P. Ramlee serta latar sejarah restoran.

Menikmati nasi kandar di dalam bangunan lama dengan dekorasi poster lama membuatkan anda merasai getaran era 60-an.

Anuar Kari Kepala Ikan

Snapinsta.app_124869295_458655941766478_7134256136900703150_n_1080

Isi ikan tenggiri yang lemak manis dan ikan merah bercampur kuah kari pekat buat ramai terliur.

Seperti namanya, restoran yang menjadi tumpuan ramai di Pusat Penjaja Jalan Lucky, Bangsar, Kuala Lumpur itu cukup popular dengan menu kari kepala ikan.

Isi ikan tenggiri yang lemak manis dan ikan merah bercampur kuah kari pekat berempah pedas masam cukup untuk buat sesiapa sahaja terliur.

Bagaimanapun, tidak banyak pilihan menu yang ditawarkan di restoran ini antaranya menu lain ialah ayam goreng, sotong goreng dan sayur tauge.

Nasi Kandaq TalamTerkenal dengan cogan kata, Padu, Syahdu, Merindu, restoran berpangkalan di Johor Bahru, Johor itu menawarkan nasi kandar dengan cita rasa Johor yang unik.

Berdasarkan ulasan orang ramai terhadap restoran berkenaan, keistimewaannya bukan kerana hidangan porsinya besar, bahkan ia turut disajikan bersama lauk lain seperti ayam goreng, daging kandar, kari ikan dan udang galah Kanada. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram