Belia bekas banduan termasuk golongan diberi fokus dalam program golf amal SAY


  • Massa
  • Sabtu, 30 Nov 2024

Kejohanan Golf Amal dianjurkan oleh SAY adalah untuk membantu golongan belia berisiko di Malaysia.

KEJOHANAN Golf Amal yang diadakan dengan kerjasama Titijaya Land Berhad dan Kelab Bola Sepak Selangor (SFC) di Tropicana Golf & Country Resort, Petaling Jaya, Selangor pada Sabtu memberi fokus kepada golongan-golongan belia berisiko.

Ia menjadi antara langkah untuk mendapatkan dana bagi badan bukan kerajaan (NG) di bawah naungan Raja Muda Selangor, Tengku Amir Shah Sultan Sharafudin iaitu Komuniti Belia Selangor (SAY).

Ketua Pegawai Eksekutif SAY, Aiman Nazri berkata, ia juga merupakan kejohanan kali kedua yang dijalankan oleh NGO tersebut.

BACA LAGI: Program TEAM SAY bantu lebih 300,000 golongan muda bina jati diri, cari hala tuju karier

BACA LAGI: Gagal urus perniagaan, Amirul bangkit jadi pencipta kandungan sampaikan dakwah

6221921257323085577

Tengku Amir Shah ketika memberi ucapan di majlis kejohanan tersebut.

Menurutnya, program amal itu bertujuan memberi peluang kepada golongan belia yang memerlukan seperti bekas banduan, bekas penagih dadah atau individu masih belum mendapat pekerjaan.

"Ini tahun kedua dan ada rancangan untuk tahun ketiga. Kalau tahun lepas (2023) kami dapat kumpulkan sehingga RM800,000 dan Alhamdulillah kali ini ia mencecah RM1.2 juta.

"Kami sasarkan 200 lagi golongan belia yang datang daripada pelbagai latar belakang supaya kami dapat bantu mereka dapatkan peluang pekerjaan, pendidikan dan sebagainya," katanya ketika ditemui pemberita ketika majlis perasmian kejohanan terbabit pada Sabtu.

Kejohanan kali ini bukan sahaja meraikan sukan golf tetapi juga dapat mengeratkan lagi perpaduan sesama komuniti belia secara kolektif.

Para peserta kejohana golf amal dari semua peringkat kemahiran juga berkumpul bagi menyokong Program TEAM Malaysia yang dilaksanakan di bawah SAY.

Inisiatif dengan kerjasama The King's Trust International, NGO di bawah naungan Duli Yang Maha Mulia Raja Charles III juga berdedikasi untuk mengubah kehidupan belia Malaysia yang berisiko.

Dengan 132 peserta daripada syarikat kerajaan dan swasta memainkan peranan penting menyokong pertumbuhan dan pembangunan Program TEAM Malaysia.

"Acara ini bukan sahaja menunjukkan semangat perpaduan tetapi juga menggariskan kepentingan kritikal kedermawanan dan tanggungjawab sosial.

"Setiap hayunan dan pukulan yang direkodkan hari ini menyumbang kepada usaha murni memperkasakan belia yang kurang bernasib baik di Malaysia melalui Program TEAM Malaysia," kata Pengarah Urusan Kumpulan Titijaya Land Berhad, Datuk Lim Poh Yit. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram