Dua beradik maut, tanah runtuh hempap rumah didiami 5 sefamili di Hulu Terengganu


  • 112
  • Jumaat, 29 Nov 2024

Anggota bomba dalam usaha mengeluarkan mangsa yang terperangkap.

TIGA sekeluarga menjadi mangsa kepada kejadian tanah runtuh yang berlaku di Kampung Bukit Apit, Ajil, Hulu Terengganu pada Jumaat.

Kejadian itu berlaku selepas tanah runtuh menghempap rumah didiami oleh mangsa yang merupakan adik-beradik berusia 10 hingga 20 tahun.

Pihak Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Terengganu dalam kenyataannya berkata, kejadian tersebut berlaku pada 4.59 petang dengan seramai 16 anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kuala Berang dikerahkan ke lokasi.

BACA LAGI: Sultan Ibrahim doakan seluruh mangsa banjir dilindungi

BACA LAGI: Taman Ulu Bendul ditutup sementara, 8 kes disyaki ada kaitan penyakit kencing tikus dikesan

Mereka turut dibantu oleh Balai Bomba dan Penyelamat Wakaf Tapai untuk mengeluarkan mangsa yang terperangkap.

Operasi menyelamat mendapati dua daripada mangsa meninggal dunia di tempat kejadian dan dikeluarkan daripada runtuhan pada 6.22 petang dan 7.00 malam.

Sementara mangsa yang terselamat dibawa ke Hospital Sultanah Nur Zahirah, Kuala Terengganu untuk mendapatkan rawatan.

"Setiba di lokasi didapati tanah runtuh telah menghempap rumah. Mangsa pertama berjaya dikeluarkan pada 5.17 petang tadi.

"Pusat Gerakan Operasi (PGO) telah mengaktifkan Unit STORM (Pasukan Khas Operasi, Taktikal dan Penyelamat Malaysia) ke lokasi. Kerja-kerja operasi sedang dijalankan," kata pihak bomba. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram