Bayi 9 bulan nyaris lemas dalam kereta terkunci di Sandakan


  • 112
  • Jumaat, 29 Nov 2024

Anggota bomba terpaksa menggunakan peralatan khas untuk membuka pintu kereta yang terkunci ketika kejadian di Sandakan, Sabah pada Jumaat. — The Star

SEORANG bayi perempuan berusia sembilan bulan yang terperangkap dalam kereta berjaya diselamatkan anggota bomba di Sandakan, Sabah pada Jumaat.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Sandakan, Severinus @ Mohd Nidzam Sankui berkata, pihaknya menerima laporan daripada ahli keluarga mangsa pukul 6.52 pagi.

Beliau berkata, sepasukan anggota tiba di lokasi iaitu di Pangsapuri Sentosa, Sandakan lapan minit selepas menerima laporan.

BACA LAGI: [VIDEO] Budak lelaki patah tangan rempuh pagar besi akibat dikejar anjing liar di Klang

BACA LAGI: [VIDEO] Harumkan nama Malaysia, penerbit ambil peluang tayang warisan budaya, sejarah negara kepada dunia

"Pasukan kami terus membuka pintu kereta dengan peralatan khas untuk menyelamatkan bayi itu," katanya.

Menurutnya, bayi itu kemudian diserahkan kepada keluarga dan operasi tamat pada 7.06 pagi.

Dalam pada itu, tiada kecederaan dilaporkan ketika kejadian. — The Star

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram