Sultan Ibrahim doakan seluruh mangsa banjir dilindungi


  • Primer
  • Jumaat, 29 Nov 2024

Sultan Ibrahim mendoakan kesejahteraan mangsa banjir di seluruh negara.

SERI Paduka Baginda, Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim mendoakan kesejahteraan kesemua mangsa banjir yang terjejas di seluruh negara.

Menerusi hantaran di laman Facebook, Sultan Ibrahim berharap agar kesemua mangsa diberikan kesejahteraan dan ketabahan dalam menghadapi masa sukar itu.

"Ya ALLAH, Tuhan Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang, kami memohon kepada-Mu agar Engkau melindungi saudara-saudara kami yang sedang diuji dengan musibah banjir. Limpahkanlah kepada mereka kekuatan, ketabahan, dan kesabaran dalam menghadapi ujian ini," doa Sultan Ibrahim.

BACA LAGI: Bekalan makanan di negeri terjejas banjir mencukupi — KPDN

BACA LAGI: [VIDEO] 'Tolong, ada baby baru lahir', mangsa terperangkap banjir serbu 'posting' MB Kelantan mohon bantuan

Dalam masa yang sama, Sultan Ibrahim turut mendoakan keselamatan para petugas yang bertugas untuk menyelamatkan mangsa-mangsa banjir di seluruh negara.

Baginda turut mengarahkan Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) untuk memastikan setiap Pusat Pemindahan Sementara (PPS) seluruh negara berada dalam keadaan baik.

"Saya turut mendoakan keselamatan pegawai serta anggota agensi-agensi penyelamat yang terlibat dalam operasi menyelamat mangsa-mangsa banjir.

"Keadaan cuaca ketika ini tidak menentu dan orang ramai perlu sentiasa berhati-hati dan mengambil langkah berjaga-jaga serta sentiasa peka dengan arahan pasukan keselamatan," titah baginda. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram