Bekas bomba 'hilangkan' diri berbulan-bulan demi kongsi detik kritikal dalam karya seni cetak


  • Massa
  • Sabtu, 30 Nov 2024

Fuad (kanan) bersama rakan bombanya ketika pameran solo sulungnya 'Merintis Bahang' di galeri seni, Chetak 17, Kuala Lumpur. — The Star

PENGALAMAN berkhidmat dalam pasukan keselamatan selama bertahun-tahun dijadikan sebagai inspirasi buat seorang bekas anggota bomba, Fuad Pathil dalam menempa jalan baharu dalam hidupnya.

Fuad yang dahulunya biasa bermain dengan dengan api kini memilih untuk menjadi penghasil karya seni cetakan blok yang unik dan kreatif.

Lelaki berusia 62 tahun berasal dari Perak itu memulakan kerjayanya sebagai anggota bomba pada 1994 dan menghabiskan masa bertahun-tahun mengendalikan hal-hal kecemasan.

BACA LAGI: Doktor antara 8 rakyat Malaysia saman kerajaan, WHO berhubung kesan vaksin Covid-19

BACA LAGI: 190 hari 'berkampung' di hospital Kuching jaga anak hidap Spina Bifida, bapa perlu RM50K untuk beli BIPAP

Opening of Fuad Pathil's solo exhibition 'Merintis Bahang' at Chetak 17. — AZLINA ABDULLAH/The Star

Hasil ukiran seni Fuad yang dihasilkan dan dipamerkan di geleri Chetak 17. — The Star

Daripada menyelamatkan kucing tersangkut di atas pokok sehinggalah meredakan kemaraan api yang marak ketika kebakaran hutan besar-besaran.

Sebagai seorang peminat seni tegar, Fuad kini menggunakan kemahirannya mengekspresikan gambaran jelas dengan situasi-situasi ketika memadamkan kebakaran sepanjang bertugas.

Merintis Bahang merupakan pameran solo sulungnya yang dipamerkan di galeri seni dan hab komuniti Chetak 17 di Kuala Lumpur sehingga 7 Disember nanti.

Kompleks wira

Dalam pameran itu, Fuad mempamerkan sebanyak 23 cetakan kompleks dengan lakaran yang terperinci dan halus.

Setiap potongan blok itu menggabungkan abstrak dan naratif yang menterjemahkan emosi serta ketekunan Fuad dalam karya dihasilkannya.

Opening of Fuad Pathil's solo exhibition 'Merintis Bahang' at Chetak 17. — AZLINA ABDULLAH/The Star

Karya cetakan awal Fuad yang bertajuk Steam Rescue pada 2015. — The Star

"Pada zaman muda saya, saya ada sedikit karakter 'kompleks wira' yang sentiasa bersemangat untuk buktikan diri saya dalam situasi yang genting.

"Selepas bersara sekarang saya ada banyak pengalaman untuk digambarkan dan seni menjadi cara saya yang paling bermakna untuk mengekspresikannya.

"Seperti yang dicadangkan oleh tajuk pameran itu, saya mahu karya seni itu menangkap keberanian dan keamatan yang diperlukan untuk menjadi seorang anggota bomba.

"Melangkah ke dalam bangunan yang terbakar untuk memadamkan api di saat orang lain bertempiaran lari menyelamatkan diri," katanya.

Semangat berbeza, dedikasi sama

Memulakan perjalanan seninya sejak 2006, Fuad pada awalnya hanya menjalankan eksperimen dengan menggunakan stensil dan lakaran menggambarkan ketika detik-detik memadamkan kebakaran.

Apabila kemahiran melukisnya semakin meningkat, Fuad mula menyertai Studio Terusi di Rumah Pena, Kuala Lumpur dan bertemu dengan pengukir handal, Mad Annuar dan pencetak, Abdul Mansoor Ibrahim.

Opening of Fuad Pathil's solo exhibition 'Merintis Bahang' at Chetak 17. — AZLINA ABDULLAH/The Star

Rakan-rakan bomba yang turut hadir memberi sokongan di galeri seni itu. — The Star

Hasil bimbingan mereka, Fuad berjaya mengasah kemahirannya dalam seni arca dan cetak menggunakan kayu.

"Saya mahu menguasai asas-asas penting dahulu iaitu melibatkan garisan, bentuk dan bayang-bayang.

"Sama seperti bomba, ketepatan adalah kunci. Pada awal menceburi bidang seni beberapa tahun lalu, saya akan hilangkan diri selama berbulan-bulan untuk buat latihan melukis setiap hari," katanya yang menetap di Pandan Jaya, Kuala Lumpur.

Dalam tempoh 15 tahun, karya Fuad sudah dipaparkan dalam beberapa pameran di ibu kota termasuk pameran Petani dan Proletariat pada 2015 di Xin Art Space.

Antara lainnya adalah pameran Black & White (2015) di Vallette Gallery; Kuala Lumpur Printmaking Open (2023) di HOM Art Trans; Mondial De L'Estampe Et De La Gravure Originale, Triennale de Chamalieres (2010) di Perancis dan Cetakan Mini Antarabangsa Tokyo Triennial (2018) di Jepun.

Pada 2014, Fuad turut melebarkan sayapnya dalam bidang seni dengan mengembara ke Perancis untuk melanjutkan pelajaran dalam bidang seni cetak di Atelier Contrepoint Paris.

Jauh di perantauan, Fuad mengasah bakatnya di satu studio seni cetak terkemuka di dunia demi memperhalusi kemahirannya dan mendalami pemahaman tentang jenis-jenis seni.

Opening of Fuad Pathil's solo exhibition 'Merintis Bahang' at Chetak 17. — AZLINA ABDULLAH/The Star

Selain cetakan blok, Fuad juga menghasilkan lakaran anggota bomba sedang menarik hos. — The Star

"Saya disarankan untuk mencipta seni berdasarkan sesuatu yang amat saya fahami. Jadi, selepas berkhidmat sebagai bomba selama 29 tahun, adalah wajar untuk menggunakan pengalaman itu sebagai titik permulaan.

"Tema-temanya juga banyak tentang kebakaran, kerosakan struktur dan aksi menarik anggota bomba dengan peralatan mereka.

"Ia juga memberi saya peluang untuk berkongsi dengan penonton bagaimana rasanya menjadi seorang bomba dan menghadapi situasi hidup atau mati setiap hari," jelasnya.

Kata bapa kepada lima orang anak dan dua cucu itu juga, setiap cetakan dalam pameran menunjukkan detik penting, lengkap dengan butiran yang menguatkan keamatan adegan.

"Dengan medium ini, saya mahu penonton berasa seolah-olah mereka terperangkap dalam bangunan yang terbakar dengan penglihatan yang terhad, dikelilingi asap dan abu serta tenggelam dalam kekacauan ketika ini," tambahnya.

Menggambarkan wira dalam kehidupan sebenar

Di Chetak 17, hampir setiap karya seni Fuad mempunyai maksud di sebaliknya dan diambil daripada operasi kecemasan yang dialaminya sendiri.

Di samping karyanya, Fuad berkesempatan berkongsi pandangan tentang jargon bomba dan menerangkan peralatan khusus yang digunakan dalam setiap senario sekali gus dapat menghidupkan ceritanya dengan jelas.

Opening of Fuad Pathil's solo exhibition 'Merintis Bahang' at Chetak 17. — AZLINA ABDULLAH/The Star

Karya seni Fuad yang menggambarkan bencana gempa bumi. — The Star

Dalam cetakannya bertajuk Coupling, Fuad berkata, ia merujuk kepada proses penyambungan dua sambungan hos sebelum air boleh disalurkan.

Katanya, ia memerlukan penyelarasan yang tepat dengan kerjasama dan kekuatan anggota-anggota bomba yang cukup untuk menguruskan hos berat dan gegelung dihasilkan oleh aliran air berkelajuan tinggi.

Selain itu, Fuad juga mengambil inspirasi daripada peristiwa penting seperti tragedi Highland Towers pada Disember 1993.

"Walaupun saya tidak terlibat secara langsung dalam operasi itu, kami anggota bomba bersama-sama bersolidariti dengan rakan seperjuangan kami di lapangan," katanya.

Sambil menunjuk kepada karya seni yang diilhamkan oleh peristiwa tragis itu, dia menambah bahawa sekeping gambar itu juga dapat meraikan salah satu momen penuh harapan dari tragedi itu.

Dalam satu lagi karya menarik bertajuk The Thinker, Fuad mencerminkan tanggungjawab besar sebagai ketua operasi.

Opening of Fuad Pathil's solo exhibition 'Merintis Bahang' at Chetak 17. — AZLINA ABDULLAH/The Star

Pandangan dari jarak dekat karya bertajuk 'Search Source Of Fire' diukir atas kayu dan dicetak pada kertas. — The Star

"Sebagai ketua, anda mesti tahu bagaimana untuk mengendalikan pasukan anda dengan berkesan, berperanan untuk mencari mangsa, membawa peralatan khusus dan mencari punca kebakaran.

"Semuanya dibuat sambil kami sentiasa menilai kecemasan yang berlaku. Setiap keputusan dibuat adalah kritikal kerana kita mempertaruhkan nyawa orang lain," ujarnya.

Adegan kecemasan di Merintis Bahang diimbangi dengan teliti dengan detik selepas operasi, termasuk potret mangsa yang terselamat dan lakaran terperinci peralatan bomba.

Unsung Heroes merupakan antara karyanya yang dipersembahkan dengan pandangan sisi belakang beberapa anggota bomba berjalan ke arah kawasan bahaya yang tidak diketahui dalam kegelapan.

"Melalui seni, saya berharap dapat memberikan gambaran tentang kehidupan seharian seorang anggota bomba.

"Matlamat saya adalah untuk memupuk penghargaan terhadap profesion dan mungkin juga memberi inspirasi kepada mereka yang mempunyai 'kompleks wira' untuk meneruskan kerjaya dalam memadam kebakaran," katanya.

Usaha murni Fuad itu turut mendapat sokongan daripada rakan-rakan seperjuangannya termasuk para pelukis lain, Faizal Suhif dan Fadli Mokhtar.

"Pameran ini sudah lama dibuat untuk Fuad dan sangat dikenali di Chetak 17. Sebagai komuniti pencetak, kami berbangga dapat menganjurkan persembahan solo sulungnya," kata Faizal. — The Star

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram