SEORANG wanita memohon bantuan kerana suami dan anak-anaknya terperangkap akibat banjir di Kelantan.
Fazelinda Salleh memberitahu di media sosial yang suami dan anak-anaknya sudah terperangkap di Bandar Meranti, Pasir Mas, Kelantan lebih sehari tanpa sebarang bekalan makanan.
Menurutnya, keluarganya itu terputus daripada sebarang bantuan agensi kerajaan dan dia terpaksa menggunakan media sosial untuk meraih pertolongan.
BACA LAGI: Bekalan makanan di negeri terjejas banjir mencukupi — KPDN
"Pihak bomba, angkatan pertahanan awam, polis, tidak kiralah siapa-siapa, tolong selamatkan anak saya, hampir semua orang tak ada.
"Bandar Meranti sudah gelap, rumah dan kedai saya sudah tenggelam, tak tahu nak duduk mana.
"Anak-anak dan suami dalam kesejukan, seharian tak makan. Baru dapat hubungi mereka, mereka sedang menunggu penyelamat di sana. Tolong anak-anak saya dan suami," kata Fazelinda.
Fazelinda yang kini berada di Pusat Pemindahan Sementara (PPS) Bayu Lalang berharap agar suami dan anak-anaknya dapat diselamatkan serta disatukan dengannya dekat tempat tersebut.
Dia berkata sekiranya ada orang awam yang boleh membantu menyelamatkan keluarga untuk menghubungi di talian 011-69563166. — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram