IPOH yang terkenal dengan keindahan alam semula jadi, sebenarnya juga popular dalam menawarkan pelbagai destinasi makanan yang enak.
Buktinya, banyak tempat-tempat yang tular di media sosial berikutan ia menjadi makanan kegemaran bagi penduduk setempat atau pelancong tempatan dari negeri lain.
Berikut adalah lima tempat makanan yang wajib dikunjungi pelancong yang ingin menikmati makanan yang menggiurkan apabila berkunjung ke Ipoh.
1. Warung Opah Bedah
Terletak di Kampung Pengkalan Pegoh, Warung Opah Bedah adalah salah satu lokasi yang sering mendapat pujian ramai kerana menyajikan hidangan tradisional yang enak.
Warung Opah Bedah dibuka pada Selasa hingga Ahad bermula pukul 10 pagi hingga 5 petang.
Kedai itu terkenal dengan menu nasi lemak yang beraroma dan mee kari yang kaya dengan rasa rempah.
Tidak hanya itu, warung berkenaan juga menghidangkan pelbagai jenis lauk-pauk seperti ayam masak merah, ikan kembung masak asam serta sambal belacan.
Selain itu, suasana kampung yang tenang menjadikan pengalaman makan di situ sangat menyenangkan.
Bagi penggemar masakan kampung, Warung Opah Bedah adalah pilihan yang tepat untuk menikmati hidangan yang menyelerakan pada harga yang berpatutan.
Nasi ganja di kedai Kopi Yong Suan merupakan antara makanan yang popular di Ipoh.
2. Nasi Ganja dan Kedai Kopi Yong Suan
Apabila bercakap tentang nasi ganja, kedai Kopi Yong Suan pasti tersenarai sebagai salah satu tempat makanan popular di Ipoh.
Kedai itu kebiasannya penuh meskipun dibuka hampir setiap hari iaitu pada Isnin hingga Sabtu dari pukul 9 pagi hingga 5 petang.
Terletak di Jalan Yang Kalsom, kedai kopi itu menjadi tumpuan ramai dengan hidangan nasi ganja yang memikat selera.
Nasi yang disajikan bersama sambal pedas, ayam goreng rangup, telur rebus serta sedikit kuah sup mencipta kombinasi rasa yang sangat unik yang sukar dicari di tempat lain.
Suasana kedai yang santai turut memikat hati pengunjung yang datang untuk menikmati makanan serta secawan kopi Ipoh yang terkenal.
3. Abg Utagha Char Kuey Teow
Abg Utagha Char Kuey Teow yang terletak di Pekan Razaki adalah destinasi makanan yang sangat terkenal di kalangan penduduk.
Kuey teow yang dimasak dengan api yang besar menjadikan hidangannya sangat mengiurkan, ditambah pula dengan kombinasi rasa yang sempurna antara udang segar, sotong serta kepingan daging.
Selain itu, hidangan itu juga dikenali dengan rasa pedas yang cukup membangkitkan selera sehingga menjadikannya pilihan terbaik buat pencinta masakan pedas.
Bagi pelanggan yang mengunjungi kedai itu, ia dibuka pada setiap hari kecuali Jumaat bermula pada pukul 8 hingga pukul 11.30 petang.
Nasi ayam antara makanan yang terkenal di Mr Roasted Greentown.
4. Mr Roasted Greentown (Restoran Cina Muslim)
Bagi penggemar masakan Cina, Mr Roasted yang terletak di Greentown adalah restoran yang patut dikunjungi.
Mr Roasted Greentown beroperasi setiap hari bermula pukul 11 pagi hingga 9 malam.
Restoran itu terkenal dengan hidangan ayam panggang yang dimasak dengan rempah yang sempurna sehingga menjadikan kulit ayam garing dan isinya penuh juicy.
Selain ayam panggang, restoran itu juga menawarkan pelbagai hidangan seperti kambing bakar, sup ekor dan dim sum yang dimasak dengan cara yang asli.
Suasana restoran yang luas dan selesa juga menjadikannya pilihan ideal untuk makan bersama keluarga dan rakan-rakan.
5. Mr Steak House
Mr Steak House yang terletak di Kompleks Mutiara Pernama Ipoh menghidangkan banyak pilihan makanan ala-ala barat (western food).
Kedai itu beroperasi pada setiap hari bermula pukul 12 tengah hari hingga 4 petang.
Bagi pencinta stik, Mr Steak House menawarkan pelbagai jenis stik berkualiti tinggi yang dimasak dengan sempurna mengikut kehendak pelanggan sama ada rare, medium atau well-done.
Banyak pilihan daging yang boleh didapati di Mr Steak House.
Banyak jenis pilihan daging yang boleh dipesan oleh pelanggan seperti wagyu, sirloin dan ribeye.
Yang unik, makanan kegemaran ramai iaitu piza wagyu juga boleh didapati di kedai itu.
Bagi mereka yang menginginkan makan malam yang mewah tetapi dengan harga yang berpatutan, restoran itu adalah pilihan yang ideal. — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram