[VIDEO] Pesawat latihan terhempas, 2 juruterbang termasuk kapten wanita maut di Ecuador


  • Benua
  • Jumaat, 29 Nov 2024

Dua juruterbang FAE (Gambar kecil) disahkan maut apabila pesawat latihan yang dinaiki terhempas di Santa Elena, Ecuador pada Selasa. — Agensi

DUA juruterbang Tentera Udara Ecuador (FAE) disahkan maut apabila pesawat latihan yang dinaiki terhempas di Santa Elena, Ecuador pada Selasa.

Difahamkan, pesawat jenis DA 20C1 FAE-1064 yang dimiliki oleh 'Cosme Rennella Barbatto' Higher Military Aviation School (ESMA) terhempas ketika menjalani latihan penerbangan di kawasan La Libertad.

Insiden malang itu juga berjaya dirakam kamera litar tertutup (CCTV) salah sebuah premis bangunan di kawasan kejadian.

BACA LAGI: [VIDEO] 'Semoga kematian terbela', lelaki sayu lihat rakaman rakan sendiri melambung dirempuh kereta di Putra Heights

BACA LAGI: [VIDEO] Padah tunggang motosikal lawan arus, lelaki hampir hilang nyawa bertembung kereta di Penampang

Kedua-dua mangsa, Kapten Diana Estefania Ruiz Solis dan kadet Juan Andres Pacheco Ramirez meninggal dunia di tempat kejadian.

Sementara itu FAE dalam satu kenyataan berkata, pihaknya telah menubuhkan Lembaga Siasatan Kemalangan bagi menyiasat punca kejadian tersebut.

"Ketika ini, pihak berkuasa sedang menguruskan prosedur undang-undang yang berkaitan, selain memberikan sokongan kepada keluarga mangsa yang terkorban," katanya dalam kenyataan itu.

Terdahulu, tular beberapa video dan gambar memaparkan orang awam cuba mengeluarkan mangsa daripada pesawat tersebut sejak Jumaat.

Porta media antarabangsa melaporkan tiada kecederaan atau kemalangan jiwa yang berlaku melibatkan orang awam. — Agensi

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram