Anggota, pegawai penyiasat terbabit kes pukul pemandu e-hailing OKU kena tindakan tatatertib — Saifuddin


  • Primer
  • Rabu, 27 Nov 2024

Tangkap layar video memaparkan anggota pengiring tersebut menyerang mangsa dalam kejadian yang mencetuskan kemarahan awam pada Mei lalu.

KERTAS siasatan tatatertib ke atas anggota yang menyerang pemandu e-hailing pekak telah dibuka oleh Polis Diraja Malaysia (PDRM), kata Menteri Dalam Negeri.

Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata, siasatan tatatertib turut dimulakan terhadap pegawai penyiasat kanan dan pegawai penyiasat dalam kes terbabit.

Katanya, langkah itu dilakukan mengikut prosedur Jabatan Integriti dan Pematuhan Standard Bukit Aman.

BACA LAGI: [VIDEO] Pemandu OKU dedah video ditumbuk pengiring VIP, kecewa kes dah 2 bulan tapi tiada tindakan

BACA LAGI: [VIDEO] Padah tunggang motosikal lawan arus, lelaki hampir hilang nyawa bertembung kereta di Penampang

Beliau berkata demikian dalam jawapan bertulis parlimen kepada RSN Rayer (PH-Jelutong), yang ingin mengetahui mengenai tindakan diambil terhadap individu terbabit.

Lans Koperal Muhammad Taufik Ismail yang juga pengiring polis Tunku Mahkota Johor ketika kejadian, didenda RM1,000 pada 4 November lalu oleh Mahkamah Majistret di Kuala Lumpur kerana mendatangkan kecederaan kepada pemandu e-hailing orang kurang upaya (OKU), Ong Ing Keong.

Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail.

Beliau didakwa mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan memperuntukkan hukuman penjara sehingga setahun, denda sehingga RM2,000, atau kedua-duanya jika sabit kesalahan.

Mengikut fakta kes, Ong sedang mengambil penumpang di lobi hotel Kuala Lumpur pada 28 Mei lalu.

Ong bagaimanapun kemudiannya diarah meninggalkan kawasan itu oleh beberapa orang lelaki.

Namun, arahan itu tidak difahami kerana kecacatannya.

Ong kemudian menurunkan tingkapnya untuk bertanya dalam bahasa isyarat dan sebelum tiba-tiba ditumbuk di muka oleh Taufik.

Dia seterusnya meninggalkan tempat itu untuk menurunkan penumpang dan membuat laporan polis.

Laporan perubatan menyatakan mangsa mengalami bengkak di bahagian kanan muka. — The Star/HO JIA WEN/KHOO GEK SAN/GERARD GIMINO

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram