UTK bukan 'bodyguard' VIP tapi skuad elit PDRM hadapi ancaman luar jangka


  • 112
  • Jumaat, 25 Okt 2024

Sebahagian daripada demonstrasi bagaimana skuad UTK melindungi VVIP daripada situasi berbahaya.

BAGI pengamal media, Unit Tindakan Khas (UTK) sering kali dilihat sebagai pengawal peribadi terutama ketika menjaga orang kenamaan (VVIP).

Namun, bagi pasukan elit berkenaan, kehadiran media kadang-kala dianggap mengganggu tugas mereka.

Wartawan dan jurukamera biasanya mengejar VVIP untuk mendapatkan berita, manakala UTK fokus memastikan keselamatan. Kedua-dua pihak sering bertembung antara satu sama lain kerana masing-masing cuba menjalankan tugas sebaik mungkin.

BACA LAGI: [VIDEO] Semangat tentera namun berjiwa atlet, perjalanan luar biasa Saddam Pittli sebagai anak jati Teluk Intan

BACA LAGI: 'Tirai hitam' Kemboja, kesan darah 'melekat' 5 dekad jadi saksi betapa peritnya hidup bawah rejim Khmer Rouge

Sehubungan itu, bagi menjelaskan peranan UTK, pasukan tersebut sering mengadakan sesi taklimat bersama media, membolehkan mereka memahami gerak kerja unit elit itu.

Untuk rekod, UTK yang diasaskan pada 1 Januari 1975 oleh bekas Ketua Polis Negara, Allahyarham Tun Hanif Omar, bertujuan melengkapkan Polis Diraja Malaysia (PDRM) dengan skuad elit dalam menghadapi ancaman pengganas.

448098074_763032502680730_2596628586517595197_n

UTK juga berperanan menjalankan operasi khas dan sulit menghapuskan sebarang kegiatan jenayah berprofil tinggi di Malaysia. — Facebook/PDRM

Selain itu, pasukan elit itu juga bertanggungjawab menjaga keselamatan pemimpin negara seperti Perdana Menteri dan Timbalan Perdana Menteri, seiring dengan peranan unit khas seperti SWAT di Amerika Syarikat (SWAT) dan Pasukan Keselamatan Presiden di Filipina serta Indonesia.

Menurut Bekas Komander UTK, Asisten Komisioner Kanan Mohd Khairi Khairudin, sesi taklimat itu penting untuk memberi pencerahan kepada media mengenai prosedur keselamatan yang dilaksanakan, terutamanya ketika menjaga VVIP.

Pada masa sama, Mohd Khairi turut menegaskan mengenai kepentingan pengamal media dan orang ramai untuk mematuhi nasihat serta butiran arahan UTK ketika acara yang dihadiri VVIP.

Beliau berkata, insiden seorang menteri Indonesia yang ditikam pada majlis rasmi telah membuka mata dan peringatan kepada semua bahawa, ancaman boleh berlaku dalam apa jua keadaan dan pada bila-bila masa.

Pada Oktober 2019, Menteri Penyelaras Politik, Undang-Undang dan Keselamatan ketika itu, Wiranto ditikam oleh seorang lelaki yang disyaki anggota militan.

Ketika kejadian sekitar tengah hari itu, Wiranto dilapor mahu melancarkan bangunan baharu di sebuah universiti, manakala orang ramai berbaris untuk bersalaman dan berswafoto dengannya.

298582094_5233893006666160_2280898486411949108_n

UTK terkenal dengan keupayaannya dalam melaksanakan misi-misi berisiko tinggi, termasuk operasi anti-pengganas, penyelamatan tebusan, dan menangani situasi ancaman yang melibatkan senjata berat. — Facebook/PDRM

Selain itu, UTK juga berperanan menjalankan operasi khas dan sulit menghapuskan sebarang kegiatan jenayah berprofil tinggi di Malaysia.

Sebagai sebuah unit di bawah PDRM, UTK terkenal dengan keupayaannya dalam melaksanakan misi-misi berisiko tinggi, termasuk operasi anti-pengganas, penyelamatan tebusan, dan menangani situasi ancaman yang melibatkan senjata berat.

Dengan latihan yang ketat, kemahiran tempur yang luar biasa, dan teknologi moden, UTK berperanan sebagai benteng utama dalam melindungi kedaulatan negara daripada ancaman dalaman dan luaran.

Pasukan ini bukan sahaja sinonim dengan keberanian dan disiplin tinggi, tetapi juga kecekapan yang menggerunkan, menjadikannya antara unit keselamatan yang paling dihormati di Asia Tenggara.

Kini, di bawah Komander UTK, Senior Asisten Komisioner Ahmad Jefferi Abdullah, pasukan ini bukan sahaja sinonim dengan keberanian dan disiplin tinggi, tetapi juga kecekapan yang menggerunkan, menjadikannya antara unit keselamatan yang paling dihormati di Asia Tenggara. — The Star/MAZWIN NIK ANIS

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram