Dipuji pimpin penumpang buta suami isteri pergi tandas, dapat gelaran 'Pemandu Bas Of The Year'


  • Massa
  • Khamis, 03 Okt 2024

Pemandu bas (baju merah) yang membantu pasangan OKU (buta) ke tandas ketika berhenti di sebuah perhentian dalam perjalanan dari Kota Bharu, Kelantan ke TBS baru-baru ini. — Facebook/Afzal

TINDAKAN seorang pemandu bas yang membantu penumpang golongan orang kelainan upaya (OKU) penglihatan (buta) di sebuah Hentian Rehat dan Rawat (RnR) dipuji ramai.

Menerusi hantaran dikongsikan di Facebook Afzal Faizul pada Khamis, sikap prihatin pemandu bas lelaki itu sangat menyentuh hati apabila sanggup memimpin tangan pasangan OKU terbabit untuk ke tandas.

Menurutnya, mereka dalam perjalanan dari Kota Bharu, Kelantan menuju ke Terminal Bersepadu Selatan (TBS), Kuala Lumpur baru-baru ini.

BACA LAGI: Selami emosi, guru praktikal pilih kaunseling bantu tukar perspektif pelajar terima takdir hidup dengan hati terbuka

BACA LAGI: [VIDEO] Tak perlu malu kerja sambilan jadi pengawal, Nurin antara 3 pelajar IPT contoh sanggup sengkang mata demi penduduk Desa Melor

Tindakan itu secara tidak langsung dapat menjadi contoh positif kepada para pemandu bas lain sekiranya melihat penumpang yang memerlukan pertolongan.

"Selalunya muka pemandu semua garang-garang dan tak tenang. Bawa barang banyak sikit pun bising apatah lagi lambat naik lepas berhenti RnR atau hentian, tarik muka.

"Kalini bertuah dapat naik bas yang pemandunya baik. Pemandu bas of the year, semoga pak cik bas sihat selalu," tulisnya.

Hantaran itu juga membuatkan rata-rata warganet terharu serta mengharapkan agar lebih ramai lagi pemandu bas bersikap sedemikian terhadap semua penumpang.

"Semoga lagi ramailah pemandu macam ni di Malaysia, pemandu baik, penumpang pun selesa," kata Janisah Md.

"Bila pemandu bas berakal dan beradab, Alhamdulillah terbaik. Semoga dimurahkan rezeki dan dilindungi-Nya," komen Adix Jat.

Sementara itu, Majoriti sedang berusaha mendapatkan maklum balas daripada pihak bas tersebut berhubung tindakan murni pemandunya. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram