PERDANA Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim Malaysia meminta proses perolehan pesawat pejuang FA-50M buatan Korea Selatan disegerakan.
Sebelum ini, proses itu ditetapkan muktamad pada 2026.
"Kita meminta disegerakan (proses) pembelian yang beberapa tahun lalu diputuskan (iaitu) 18 unit pesawat FA-50M, yang sepatutnya sampai pada 2026.
"Kalau boleh dipercepatkan," kata Anwar kepada wartawan Malaysia, dalam sidang media bersama media Malaysia pada Selasa.
BACA LAGI: [VIDEO] Tak puas hati kalah main pickleball, lelaki 'head kick' pemain lawan di Mexico
BACA LAGI: Lebih 500 remaja, kanak-kanak perempuan seawal usia 10 tahun hamil luar nikah di Selangor
Beliau mengakhiri lawatan tiga hari ke Korea Selatan selepas menerima jemputan Presiden, Yoon Suk Yeol.
Perdana Menteri bagaimanapun tidak memperincikan proses rundingan untuk mempercepatkan proses perolehan itu.
Pada September lalu, Menteri Pertahanan, Datuk Seri Mohamed Khalid Nordin berkata, pengeluar pesawat pejuang berkenaan, Korea Aerospace Industries (KAI) dan syarikat Hanwha Aerospace telah mencapai tahap 38 peratus pembinaan pesawat berkenaan.
Perolehan pesawat tersebut bernilai RM4 bilion. — The Star
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram