SEBUAH kejohanan pickleball di Mexico menjadi tular selepas salah seorang pemain bertindak di luar kawalan dengan menendang kepala pihak lawan sehingga pengsan ekoran daripada tidak dapat menerima kekalahan pasukannya.
Difahamkan kejadian itu berlaku pada 19 November lalu pada sekali gus mencemari perlawanan akhir kejohanan tersebut.
Melalui video tular berdurasi lebih seminit itu memaparkan detik ketika Peter Shonk dan pasangannya, Sylvain Bouchard, meraikan kemenangan mereka dalam kategori Lelaki Lanjutan pada Kejohanan Antarabangsa Quintana Roo di Pickleball Club Playa Del Carmen.
BACA LAGI: [VIDEO] Titik buta dipercayai punca penunggang maut digilis treler di Lebuh Raya Pasir Gudang
Insiden itu tercetus sejurus selepas mata kemenangan diumumkan.
Peter dilihat meraikan kemenangan dengan penuh semangat sambil menjerit kegembiraan.
Ketika berjabat tangan di jaring, Peter secara tidak sengaja turut kelihatan mengetuk paddle daripada tangan lawannya ketika ingin berjabat tangan.
Sebuah kejohanan pickleball di Mexico menjadi tular selepas salah seorang pemain bertindak di luar kawalan dengan menendang kepala pihak lawan sehingga pengsan ekoran daripada tidak dapat menerima kekalahan pasukannya. pic.twitter.com/oaWVqZtutg
— Nadine Ardine (@MoMoT_Nadine) November 21, 2024
Peter kemudian membongkok untuk mengambil paddle yang terjatuh.
Namun, finalis yang itu tewas tidak berpuas hati dengan tindakan tersebut, lalu melepaskan tendangan keras ke kepala Peter.
Impak dari tendangan itu menyebabkan Peter terus terjatuh dan pengsan.
Memetik laporan media antarabangsa, Peter dilaporkan berada dalam keadaan baik selepas insiden itu.
“Ia berlaku selepas mata kemenangan dalam kejohanan hujung minggu ini.
"Lelaki yang diserang, Peter Shonk, berkongsi video ini dengan kami untuk disiarkan dan ingin semua orang tahu bahawa dia berada dalam keadaan baik,” lapor The Kitchen Pickleball.
Pihak portal itu turut menyifatkan tindakan tersebut sebagai "menjijikkan dan sama sekali tidak dapat diterima". — Agensi
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook,