HYUNDAI Motor bakal membuka kilang pertamanya di Malaysia pada 2025 dengan pelaburan bernilai RM2.16 bilion.
Menteri Pelaburan, Perdagangan, dan Industri, Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz berkata, pembukaan kilang itu sekali gus menandakan pelaburan terbesar pengeluar automotif Korea Selatan itu di negara ini.
Katanya, ia juga adalah pelaburan besar. Sebanyak tujuh model kereta akan dihasilkan dalam tempoh lima tahun.
BACA LAGI : DSAT serah LOD, minta MB Sanusi ganti rugi RM1 bilion
BACA LAGI : Pengerusi BERSIH puji PM Anwar positif terima gred D
"Kilang tersebut juga akan didirikan di Kulim, Kedah dan dijangka akan memulakan operasi tahun depan," katanya.
Beliau berkata demikian kepada media Malaysia yang mengikuti lawatan rasmi Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim ke Korea Selatan.
Dalam lawatan itu, Perdana Menteri turut mengadakan pertemuan tertutup dengan konglomerat Korea Selatan, Hyundai Motor dan OCI Holdings.
Anwar dan delegasi tiba di Seoul pada Ahad untuk lawatan rasmi selama tiga hari, yang bertujuan mempereratkan kerjasama ekonomi, teknologi dan perdagangan.
Tahun depan, Malaysia dan Korea Selatan akan meraikan ulang tahun ke-65 hubungan diplomatik. — The Star
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram