IBU kepada mangsa kemalangan maut melibatkan dua kereta di Kilometer 53, Kampung Sungai Lerek, Jalan Persekutuan Kuala Terengganu masih belum menerima perkhabaran duka menimpa anak dan menantunya.
Nor Syahida Ibrahim yang merupakan adik kepada Allahyarham Kamarudin Ibrahim mencerita bagaimana ibu mereka, Siti@Fatimah Amah, berusia 74 tahun hanya tahu bahawa cucunya maut dalam insiden terbabit.
Menurut Syahida yang kini 38 tahun, ibu mereka tidak putus-putus mendoakan keselamatan anak dan menantunya sambil menyatakan wanita itu akan menjalani pembedahan jantung tidak lama lagi.
BACA LAGI: Tiga kali berkhalwat, tukang kayu jadi individu pertama disebat di Terengganu
Kamarudin (dua dari kanan) bersama Maimunah (tiga dari kanan) dan Nur Ardieana (kiri) yang maut dalam kemalangan tersebut.
Sebelum ini, media melaporkan tiga anggota keluarga meninggal dunia sementara seorang lagi cedera parah selepas kenderaan dipandu mereka melanggar kenderaan pacuan empat roda pada Ahad.
Kemalangan yang berlaku pada pukul 4.50 pagi itu meragut nyawa Nur Ardiena Kamarudin serta dua orang tuanya, Maimunah Mat Isa serta Kamarudin Ibrahim.
Mereka difahamkan sedang dalam perjalanan pulang ke Kelantan dari Negeri Sembilan selepas menghadiri majlis konvokesyen anak bongsu mereka, Nur Azwa Shamimi di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) pada Ahad.
Syahida tuurt menjelaskan bahawa Nur Azwa kini sedang dalam keadaan kritikal dan sedang menerima rawatan di Unit Rawatan Rapi Hospital Sultanah Nur Zahirah, Kuala Terengganu.
"Kami semua mendoakan agar Nur Azwa Shamimi terus kuat dan dapat menempuhi fasa kritikal ini supaya dia dapat dipindahkan ke hospital sekitar Kota Bharu, Kelantan," katanya lagi. — The Star
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram