Insiden kepala air Kuala Krai, 40 guru dan kanak-kanak tadika terperangkap dalam gua diselamatkan bomba


  • 112
  • Khamis, 21 Nov 2024

Ketika kejadian, kumpulan tersebut difahamkan sedang mengadakan lawatan di gua berkenaan. — Bomba

SERAMAI 40 mangsa terdiri daripada guru dan kanak-kanak dari sebuah tadika di Kuala Terengganu yang terperangkap akibat kepala air di Gua Ikan Dabong, Kuala Krai, Kelantan berjaya diselamatkan pasukan bomba.

Ketika kejadian, kumpulan tersebut difahamkan sedang mengadakan lawatan di gua berkenaan.

Komander Operasi dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Dabong, Pegawai Bomba Kanan II (PBKII) Mohd Aiman Aminuddin berkata, pihaknya menerima panggilan pada jam 3.24 petang dari sistem MERS 999.

BACA LAGI: Mula berjualan sejak universiti, duo graduan UKM, UM berganding bina Pelita Dhihin tumpu pasarkan 'buku berat'

BACA LAGI: Hanya sedia perkhidmatan SMS, syarikat anak Malaysia di Jepun dijual pada nilai cecah lebih RM8 juta

Katanya, mangsa terdiri daripada 21 kanak-kanak dan 19 orang dewasa.

“Kami mengerahkan tujuh anggota ke lokasi untuk menyelamatkan kesemua mangsa terperangkap.

“Pasukan menggunakan bot untuk menyelamat dan memindahkan mangsa ke tempat selamat, dan operasi menyelamat selesai pada pukul 5.13 petang,” katanya ketika dihubungi.

Susulan kejadian terbabit, bomba menasihatkan orang ramai supaya mengelak semua aktiviti rekreasi dan sukan lasak berasaskan air serta menjauhi kawasan berisiko tinggi semasa musim tengkujuh. — The Star

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram