AHLI keluarga penunggang motosikal yang maut selepas terperosok dan digilis treler di Jalan Kerinchi, Kuala Lumpur pada Sabtu lalu merancang untuk mengambil tindakan undang-undang terhadap pemandu kenderaan terbabit.
Abang mangsa, Muhammad Hanif Sehat pada masa sama menzahirkan harapan keluarga agar pemandu lori itu bertanggungjawab dan dikenakan hukuman setimpal.
"Saya tidak pasti ke mana arah tuju adik ketika kejadian. Apa yang saya tahu, ia berlaku sekitar pukul 10 pagi.
"Kami sekeluarga bercadang untuk mengambil tindakan undang-undang terhadap pemandu lori yang menyebabkan kematian adik dalam kemalangan itu," katanya.
Mangsa yang meninggal dunia ketika kejadian. — Facebook
Terdahulu, mangsa, Muhammad Hanis Sehat, 32, yang merupakan bapa kepada tiga orang anak berusia 32 tahun itu gagal mengelak lalu dirempuh kenderaan muatan berat tersebut dan disahkan meninggal di lokasi kejadian.
Pada hari sama, media melaporkan bahawa pemandu lori tersebut ditahan bagi membantu siasatan berhubung kemalangan maut membabitkan penunggang motosikal itu.
Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Kuala Lumpur, Asisten Komisioner Mohd Zamzuri Mohd Isa berkata, pihaknya menerima laporan mengenai kemalangan itu pada 8.34 pagi Sabtu.
Menurutnya, semasa proses mengisi minyak brek, tiba-tiba lori bergerak secara mengundur dengan sendiri lalu melanggar pagar pintu keselamatan dan masuk ke jalan utama.
Pemandu pula dilaporkan mengalami kecederaan luka di dahi dan telah menerima rawatan.
Pemandu treler terbabit kini ditahan untuk siasatan lanjut dengan kes disiasat di bawah seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987. — The Star
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram