[VIDEO] 'Mata tak nampak baru lepas operate', ibu meraung lihat kereta anak remuk kemalangan di Temoh


  • Tular
  • Isnin, 25 Nov 2024

Keadaan kereta mangsa yang remuk teruk selepas terlibat dalam satu kemalangan membabitkan tiga kenderaan di sebuah jalan raya di Temoh dekat Batang Padang, Perak pada Ahad.

SEORANG wanita dipercayai cedera parah selepas terlibat dalam satu kemalangan membabitkan tiga kenderaan di sebuah jalan raya di Temoh dekat Batang Padang, Perak pada Ahad.

Beberapa video dan gambar kemalangan ngeri itu juga turut tular dan dimuat naik di laman media sosial pada hari yang sama.

Berdasarkan video rakaman papan pemuka (dashcam) kenderaan saksi, kelihatan kenderaan jenis Perodua Myvi dilihat dalam keadaan terhuyung-hayang sebelum masuk ke laluan bertentangan.

BACA LAGI: [VIDEO] Ajal termasuk laluan kontra, penunggang Suzuki maut motor melambung jauh bertembung Perodua Kancil di Pontian

BACA LAGI: [VIDEO] Kami reda kehilangan Naura, arwah adalah satu-satunya anak tunggal kakak saya — Ayah saudara

Sebuah kereta sempat mengelak namun Myvi tersebut kemudiannya merempuh sebuah lagi kenderaan. Impak dari rempuhan itu menyebabkan kedua-dua bahagian kenderaan terbabit remuk teruk.

Sementara itu, melalui satu lagi video tular memaparkan Myvi tersebut berada dalam keadaan hancur dan kedengaran seorang wanita dipercayai ibu kepada pemandu Myvi menangis.

Turut kedengaran suara orang awam cuba memujuk wanita berkenaan untuk bersabar dan menenangkan ibu kepada pemandu kenderaan berkenaan.

Menjengah ke ruangan komen, seorang pengguna Facebook, Ummi Wahidah mendakwa pemandu berkenaan mengalami masalah penglihatan selepas membuat pembedahan mata.

"Takkan ini saja min dapat video. Saya pun dapat video lain, ada seorang mak cik itu tenangkan pemandu Myvi ini (wanita juga).

"Driver Myvi itu (mangsa) matanya kurang nampak, baru lepas operate (pembedahan) mata. Bukan masalah microsleep. Harap min notice (perasan) ya komen ini," tulisnya.

Sementara itu, seorang lagi warga maya, Azam Jalil memaklumkan mangsa kini berada dalam keadaan kritikal di hospital.

"Orang kampung saya, mangsa kritikal di hospital. Minta doa yang baik-baik sahaja. Ini semua takdir ALLAH, ada hikmah di sebalik kejadian ini," tulisnya.

Sementara itu, setakat berita ini ditulis, belum ada sebarang kenyataan yang dikeluarkan oleh pihak berkuasa. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram