'Jalan Terus', anak Sino-Dusun tepis persepsi, kuatkan semangat tonjol potensi berseni hingga jadi wakil Malaysia


  • Massa
  • Isnin, 25 Nov 2024

Noah (kanan) bersama tiga lagi wakil malaysia ketika mempersembahkan karya seni kaligrafi Cina di Karnival Kaligrafi Dunia, Kuala Lumpur pada 2 November lalu.

SETIAP individu dibesarkan dan dididik dengan cara berbeza, baik dari segi adat, budaya sosial mahupun agama.

Walaupun begitu, mempelajari dan mengambil inspirasi dari budaya masyarakat lain dalam kehidupan peribadi bukanlah satu masalah besar, malah ia merupakan satu langkah untuk memperkayakan diri serta menghargai kepelbagaian budaya dunia.

Seperti yang diceritakan oleh seorang pelajar di Sekolah Menengah St Peter Telipok, Sabah, Noah Tovi Neoplean, 16, yang mempunyai semangat dan usaha dalam mengembangkan potensi dirinya.

BACA LAGI: ‘Bercinta boleh tapi jangan hanyut’, pasangan suami isteri lulusan perubatan UiTM kongsi tip tamatkan kuliah bersama

BACA LAGI: Hanya guna perkakas dapur, DJ DIY di Kenya jadi inspirasi golongan muda cari rezeki

6197282301256253555

Noah menggunakan platform kaligrafi untuk memberi pendedahan tentang budayanya sebagai anak Dusun.

Meskipun berasa dari keluarga Sino-Dusun dan membesar dalam majoriti masyarakat berbangsa Cina di Sabah, ia sama sekali tidak membuatkannya lupa akan budaya asalnya.

Sebagai seseorang yang amat meminati seni kaligrafi Cina, Noah cuba untuk mendalami kedua-dua warisan budaya tersebut dalam setiap karyanya.

Masih di bangku sekolah, Noah juga tidak pernah ragu memperkenalkan seni kaligrafi itu kepada masyarakat luar sekali gus membawa budaya Cina di dalam kehidupan sehariannya.

Persepsi orang kampung

Walaupun ia dijadikan sekadar hobi di waktu lapang, Noah tidak menafikan bahawa sering berdepan dengan pelbagai persepsi masyarakat di sekelilingnya.

Noah mengakui ada segelintir yang berasa pelik dengan minatnya dan tidak kurang juga ada yang mempertikaikan tindakannya mendalami bahasa serta seni kaligrafi Cina.

6197282301256253554

Noah sentiasa bersikap terbuka untuk mempelajari pelbagai jenis seni atau budaya masyarakat lain.

"Memang ada, tetapi bagi saya, cara kita dibesarkan adalah berbeza. Jadi, apa pun yang saya lakukan, saya tetap tidak akan lupakan asal usul saya.

"Setiap hari pun saya cuba belajar untuk fasih berbahasa Dusun walaupun membesar dalam kalangan Cina sebab ibu saya orang Sino (campuran Cina dan Dusun).

"Kebiasaan kami memang bercakap dalam bahasa Cina. Disebabkan itu, saya fikir itu cara saya," katanya kepada Majoriti.

Bagi Noah, adalah penting untuk tidak mudah termakan dengan pandangan negatif dan menanamkan konsep 'jalan terus' dalam mencapai apa jua kejayaan.

Bukan itu sahaja, kata Noah, sebagai pelajar, dia juga berusaha seimbangkan rutinnya antara kaligrafi, aktiviti sukan dan pelajaran.

Walaupun ada kalanya jadualnya padat dan meletihkan, Noah menganggap bahawa setiap usaha yang dilakukan pasti memberi manfaat jangka panjang dan sentiasa berpegang pada semangat daripada keluarganya agar tidak mudah berputus asa ketika berdepan dengan cabaran.

6197282301256253556

Ahli keluarga yang sentiasa menjadi tulang belakang Noah (kiri).

"Kalau saya terlalu penat, saya selalu akan ingat pesan mereka.

"Mereka cakap saya tak boleh putus asa sebab penat memang lumrah hidup. Lagi pun, saya pernah beritahu mereka saya ada impian nak dikejar iaitu tonjolkan diri sehingga ke Kuala Lumpur dan China.

"Syukur, September lepas, saya sudah jejakkan kaki ke Beijing, China bersama beberapa wakil Malaysia juga," jelasnya.

Melihat semangatnya itu, Noah pastinya menjadi contoh terbaik terutama buat generasi muda untuk menggapai cita-cita yang diimpikan dengan tekad dan usaha. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram