'Tak semua madu dicipta sama', Darlings Honey teroka potensi kembang madu kelulut dari Johor ke pasaran luar negara


  • Bizz
  • Isnin, 25 Nov 2024

Duo pengasas Darlings Honey (gambar kiri) iaitu Danielle (kiri) dan Lewin Pee menceburi perniagaan itu selepas mendapati kekurangan ketara terhadap pilihan madu berkualiti tinggi yang terdapat di dalam pasaran.

TIDAK semua madu dicipta sama.

Dikenali sebagai bahan dengan ciri seperti antibakteria, antikulat dan antioksidan, madu mempunyai kepelbagaian daripada segi jenis, rasa, kualiti termasuk manfaatnya dalam pemakanan serta kesihatan.

Bagaimanapun, tidak ramai pihak yang mengetahui perkara ini lebih baik daripada pengasas Darlings Honey, jenama tempatan yang mengkhususkan pengeluaran madu kelulut yang diternak dan dituai dari hutan Malaysia.

BACA LAGI: 'Walau penuh ranjau, percayalah ia berbaloi diharungi', keluarga Tun Daim kongsi pesanan Allahyarham mahu lihat Malaysia lebih baik

BACA LAGI: Mula berjualan sejak universiti, duo graduan UKM, UM berganding bina Pelita Dhihin tumpu pasarkan 'buku berat'

Sisters Danielle dan Lewin Pee menceburi perniagaan madu selepas mendapati kekurangan ketara terhadap pilihan madu berkualiti tinggi yang terdapat di dalam pasaran.

Ketika itu, mereka turut didorong bagi meneroka alternatif perubatan semula jadi membantu ahli keluarga yang didiagnosis dengan kanser dan madu lebah kelulut, telah disyorkan oleh beberapa rakan.

"Isu yang kami hadapi ialah kebanyakan produk madu di pasaran mempunyai gula yang tidak diperlukan dan bahan berbahaya atau tidak asli yang lain," ujar Danielle, pengasas bersama dan pemilik bersama Darlings Honey.

378233911_756069403195977_1961677508168388555_n

Berbanding dengan madu diperoleh daripada lebah Eropah, madu tulen Trigona Itama digunakan Darlings Honey juga dikatakan mempunyai kualiti lebih tinggi daripada segi kesan antioksidan dan antibiotik serta nilai pemakanan. — Darlings Honey

Pada masa sama, pasaran ketika itu turut dilaporkan berdepan isu produk madu tiruan atau palsu yang dianggap tulen, sekali gus mendorong kedua-duanya untuk memulakan Darlings Honey.

"Kami melakukan banyak penyelidikan dan memutuskan melancarkan jenama itu bukan sahaja untuk kegunaan kami sendiri, tetapi untuk berkongsi kebaikan madu lebah kelulut dengan lebih ramai penduduk tempatan, kerana kami menyedari tidak ramai tahu madu sebegitu wujud atau berasal dari Malaysia," dia menambah.

Lebah sihat

Di antara anggaran 25,000 spesies lebah yang wujud di seluruh dunia, lebah madu Eropah adalah yang paling terkenal, terutamanya apabila ia berkaitan dengan pengeluaran komoditi tersebut.

Produk Darlings Honey, bagaimanapun, dituai daripada Heterotrigona itama (Trigona Itama), sejenis lebah kelulut jarang ditemui yang boleh dijumpai di iklim tropika seperti Malaysia.

"Petani tempatan dengan gemar merujuk madu lebah kelulut sebagai 'ibu ubat'.

"Dihargai kerana manfaat perubatannya, ia mengandungi 17 asid amino berbeza, tinggi dalam bioflavonoid dan Vitamin A, B, C, D dan E, dan mempunyai aktiviti anti-mikrob bukan peroksida," kongsi Danielle.

Berbanding dengan madu yang diperoleh daripada lebah Eropah, madu tulen Trigona Itama juga dikatakan mempunyai kualiti lebih tinggi daripada segi kesan antioksidan dan antibiotik serta nilai pemakanan.

(Lead)Kong checking on her bees in her home in Taman Connaught, Cheras, Kuala Lumpur. — Photos: SAMUEL ONG/The Star

Darlings Honey mendapatkan madu daripada ladang lebah kelulut sendiri di Kota Tinggi, Johor, dan membungkus dengan cara membotolkannya di Ulu Tiram. — Gambar hiasan

Rasa varietinya juga menonjol dan menawarkan profil rasa masam manis lebih kompleks.

"Oleh kerana lebah Trigona Itama biasanya diternak untuk pendebungaan buah-buahan, madu mereka biasanya dibuat daripada nektar buah, dan hasilnya, sebahagian besarnya terdiri daripada fruktosa tulen dengan hampir tiada glukosa," katanya.

Berpandukan konsep 'hutan-ke-botol', Darlings Honey mendapatkan madu daripada ladang lebah kelulut sendiri di Kota Tinggi, Johor, dan membungkus dengan cara membotolkannya di Ulu Tiram.

"Apa yang kami tuai dibotolkan dalam bentuk mentah dan tulen, yang bermaksud tiada apa-apa yang ditambah atau disaring keluar."

"Perlu juga diperhatikan bahawa madu kami dituai dari sarang lebah asli pada batang pokok di ladang hutan organik kami, dan bukannya daripada lebah yang dipindahkan yang ditempatkan di dalam kotak buatan manusia," ujar Danielle.

Dalam persekitaran hutan semula jadi, lebah bebas mengumpul nektar daripada buah-buahan dan bunga liar yang terdapat di kawasan persekitarannya.

Perkara itu menyebabkan setiap botol produk Darlings Honey akan mempunyai keunikan dan perbezaan daripada segi warna dan rasa, dipengaruhi oleh musim serta jenis buah-buahan dan bunga yang dikumpul nektar.

Kejayaan manis

Pada masa ini, Darlings Honey mengeluarkan dan menjual madunya dalam jumlah kecil dan eksklusif.

Danielle menjelaskan bahawa langkah itu diambil bagi mengelakkan penuaian berlebihan, kerana lebah Trigona Itama menghasilkan kira-kira 50 kali lebih sedikit madu daripada lebah madu biasa, dengan sarang lebah kelulut hanya boleh dituai dua kali setahun.

Untuk memberikan jaminan kepada pelanggan tentang keaslian dan kualitinya, setiap kumpulan produknya dihantar untuk ujian oleh Institut Genom Malaysia.

"Matlamat kami adalah untuk mewujudkan lebih banyak kesedaran dalam kalangan penduduk tempatan tentang madu kelulut - makanan hebat yang dikeluarkan di Malaysia," katanya.

Untuk tujuan ini, duo pengasas itu berusaha untuk meletakkan Darlings Honey sebagai produk gaya hidup kesihatan dan kecantikan premium.

Tawaran dalam rangkaian jenama itu direka untuk menonjol berbanding produk madu konvensional di pasaran.

Stingless bee honey is prized for its wide range of health and nutritional benefits.

Pada masa ini, Darlings Honey mengeluarkan dan menjual madunya dalam jumlah kecil dan eksklusif.

Varieti itu termasuk produk Alexandrite, madu disimpan pada suhu spesifik untuk mengaktif dan mengekalkan enzim berupaya meningkatkan kesihatan serta Blue Diamond, madu kelulut diperam pertama di Asia.

"Bagi rangkaian produk Blue Diamond, madu disimpan dalam tong Kayu Oak Perancis sehingga setahun, dan hasilnya adalah madu yang lebih likat dengan sedikit bau badam, vanila dan kayu," katanya.

Selain itu, Darlings Honey juga menawarkan pati propolis lebah kelulut tambahan yang boleh digunakan untuk penjagaan kulit atau dicampur ke dalam minuman bagi peningkatan kesihatan.

Sejak dilancarkan semasa wabak, Darlings Honey turut berkembang sedikit demi sedikit.

"Produk kami telah beralih daripada dijual dalam talian kepada kini boleh didapati di lebih daripada 30 kedai runcit di Lembah Klang," kata Danielle.

Jenama itu juga telah memasuki pasaran Singapura dan Thailand melalui kerjasama dengan kafe dan pengedar tempatan.

Bergerak ke hadapan, duo pengasas itu berhasrat untuk membawa Darlings Honey meneroka ke pasaran Eropah.

"Mereka adalah pengguna besar madu, tetapi pada masa ini tidak mempunyai akses sedia kepada madu lebah kelulut kerana ia tidak biasa ditemui di Eropah," katanya.

Terdapat juga rancangan untuk memperkenalkan produk keluaran lebah kelulut ke dalam pilihan penawaran jenama itu.

Pada masa yang sama, usaha memelihara dan memupuk komuniti lebah kelulut di hutan Malaysia turut menjadi keutamaan Darlings Honey.

“Malaysia adalah salah satu daripada segelintir negara yang bertuah di dunia dengan persekitaran yang kondusif untuk lebah kelulut ini, dan kami berharap dapat mempamerkan manfaat hebat madu ini kepada generasi pengguna baharu,” katanya. — The Star/NICOLE CHEW

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram