"TENANG aku tengok muka arwah. (Tapi) sedih lihat keadaan isteri baru habis berpantang anak kedua yang ditinggalkan. Sedih tengok Cik Yah tadi," itulah luahan pilu rakan mangsa lelaki, Faizal Sa’adan yang maut dalam satu kemalangan di Kluang, Johor pada Rabu.
Siti Salha Safar Ladin membuat kenyataan itu di ruangan komen Facebook seorang lagi rakan mangsa yang turut menzahirkan ucapan takziah pada Rabu.
Dalam kejadian pada pukul 1.05 petang itu, kereta jenis Toyota Vios dipandu Faizal, 36, hilang kawalan sebelum terbabas dan melanggar sebuah lori Scania di Kilometer 83, Jalan Batu Pahat-Mersing.
BACA LAGI: [VIDEO] Titik buta dipercayai punca penunggang maut digilis treler di Lebuh Raya Pasir Gudang
BACA LAGI: [VIDEO] Kami reda kehilangan Naura, arwah adalah satu-satunya anak tunggal kakak saya — Ayah saudara
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kluang, Asisten Komisioner Bahrin Mohd Noh mengesahkan kejadian terbabit.
“Hasil siasatan awal mendapati kejadian berlaku semasa lori berkenaan dari Kota Tinggi menghala ke Sungai Kahang.
“Apabila lori berkenaan sampai di tempat kejadian, kereta tersebut masuk ke laluannya menyebabkan lori itu tidak sempat brek dan melanggar kereta berkenaan.
“Akibat pelanggaran tersebut kereta berkenaan meluncur ke tebing kanan jalan,” katanya dalam satu kenyataan pada Khamis.
Kemalangan maut Jalan Kahang Kluang semalam.
Johor - Pemandu kereta Maut selepas kereta dipandunya terlibat dalam kemalangan dengan sebuah trelar di Kilometer 83 Jalan mersing - Kluang Dekat Kahang, pukul 1 tengah hari semalam.
Mangsa, Faizal Sa'adan, 36 tahun yang memandu... pic.twitter.com/NgWifpQglH
— MYNEWSHUB (@mynewshub) November 21, 2024
Katanya, pelanggaran itu menyebabkan mangsa, Faizal, beralamat di Kluang dan bekerja sebagai pemandu lori cedera parah di kepala dan meninggal dunia di tempat kejadian.
Pemandu lori, Che Mohd Firdaus Che Hashim, 32, beralamat di Kota Tinggi tidak mengalami sebarang kecederaan.
Tambahnya, kes disiasat di bawah Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.
Terdahulu, tular satu video dan beberapa gambar memaparkan kemalangan yang meragut nyawa Faizal. — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram