Remaja hilang ketika mandi bersama rakan di Batu Mandi ditemukan lemas


  • 112
  • Ahad, 24 Nov 2024

Mayat Valentino Austin dijumpai pasukan SAR lebih kurang satu batu nautika dari pesisir pantai.

REMAJA lelaki yang hilang selepas dibawa arus di pantai kampung nelayan Batu Mandi, Bintulu, Sarawak petang Sabtu ditemukan lemas pada Ahad.

Ketua Polis Daerah Bintulu, Superintenden Nixon Joshua Ali berkata, mayat Valentino Austin Richie, 18, dijumpai pasukan mencari dan menyelamat (SAR) lebih kurang satu batu nautika dari pesisir pantai kira-kira pukul 9.18 pagi tadi.

Menurutnya, mayat mangsa dibawa ke Jabatan Forensik Hospital Bintulu dan polis mengklasifikasikan kes sebagai mati mengejut.

BACA LAGI: [VIDEO] Anak lemas dibawa arus, ibu terselamat tragedi mandi Sungai Air Berok

BACA LAGI: [VIDEO] Trio penjenayah pecah cermin 3 kereta, selamba bawa lari barang berharga di Kota Damansara

"Orang ramai dinasihatkan supaya tidak membuat sebarang spekulasi yang boleh menimbulkan kekeliruan,” katanya dalam satu kenyataan pada Ahad.

Jelasnya, mangsa merupakan warga tempatan yang tinggal tidak jauh dari tempat kejadian.

"Menurut rakan mangsa, semasa sedang mandi bersama rakan-rakan, mangsa telah dihempas ombak dan dipercayai hanyut dibawa arus yang kuat," katanya. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram