PERLAWANAN pusingan ke-16 Piala Malaysia 2024 melibatkan Kedah Darul Aman (KDA) FC menentang Kuala Lumpur (KL) City FC bermula dengan kontroversi apabila langkah promosi Sang Kenari untuk mengajak penyokong wanita hadir ke stadium menggunakan seorang lelaki berwatak lembut dan menyerupai perempuan mengundang kecaman ramai.
Perlawanan yang dilangsungkan di Stadium Darul Aman, Kedah itu juga tidak penuh meskipun pihak pengurusan sudah melakukan pelabagai cara untuk menarik kehadiran peminat ke venue tersebut.
Menolak kontroversi yang berlaku itu, anak-anak buah Nafuzi Zain tersentak dengan jaringan awal oleh KL City selepas Ryan Lambert melepaskan rembatan padu pada minit ke-13 di luar kotak penalti.
BACA LAGI: Cemerlang bersama Harimau Malaya, fans mahu KDN FC 'jago molek' Ghaddar Kelate
BACA LAGI: [VIDEO] Presiden PSSI beri bayangan rekrut bekas 'keeper' Inter Milan perkuat Sang Garuda
Melihat keadaan itu, Sang Kenari tidak membiarkan KL City berdiam diri apabila pemain yang dikaitkan dengan kelab Indonesia, Sony Norde membalas semula jaringan luar kotak penalti The City Boys pada minit ke-27 permainan.
Tiga minit kemudian, sekali lagi Sony memberikan kelebihan buat Kedah apabila memanfaatkan ruang kosong di sebelah kiri dengan sepakan melencong ke arah gawang gol lawan.
Jersi baharu Kedah itu nyata memberikan semangat baharu buat para pemain-pemain meskipun terpalit dengan pelbagai kontroversi di luar padang.
Perlawanan kembali seimbang sehingga pengadil, Mohamad Faizudin Ismail meniupkan wisel penamat separuh masa pertama.
Kedudukan separuh masa pertama 2-1 dengan Kedah mendahului hasil dua jaringan oleh Sony Norde.
Bersambung babak kedua, KL City cuba merapatkan kedudukan dengan beberapa asakan ke kotak penalti lawan, namun usaha itu dipatahkan oleh barisan pertahanan Kedah.
Pada minit ke-69, Sukhrob Nurulloev mengandakan kedudukan Sang Kenari selepas jaring gol 'chip' yang kemas untuk melemaskan Muhammad Azri Ghani.
Namun apa yang lebih menarik perhatian apabila Nurulloev meraikan jaringan bersama Nafuzi sebelum pengendali itu dilihat sebak bersama pemainnya itu.
Nafuzi dilihat menahan sebak selepas pasukan Kedah mendahului KL City.
Umum mengetahui, Nafuzi dikhabarkan akan meninggalkan Kedah selepas dikait rapat untuk mengendalikan Harimau Muda dalam masa terdekat.
Selang empat minit kemudian, Ivan Motika merapatkan kedudukan apabila menyempurnakan hantaran kemas oleh Paulo Josue.
Keputusan kekal 3-2 sehingga wisel penamat ditiupkan oleh pengadil dengan Kedah membawa kelebihan satu gol ke Stadium Kuala Lumpur pada 1 Disember nanti bagi perlawanan timbal balik.
Perlawanan Kedah itu juga diselit dengan momen kontroversi apabila Sang Kenari dikesan hanya meletakkan satu pemain simpanan selepas satu foto tular di media sosial.
Perkara berkenaan membangkitkan persoalan dalam kalangan penyokong sama ada sesetengah pemain memilih untuk memboikot perlawanan?
Foto tular menunjukkan Kedah hanya mempunyai satu pemain simpanan.
Dalam pada itu diruangan komen, penyokong Kedah berseloroh mempertanyakan kehadiran pempengaruh lelaki berwatak lembut yang dipercayai bernama Danny itu.
"Danny pergi stadium ke tidak?" soal Azhar Malek.
"Sony malam ini kerasukan Danny," ujar Azzam Shahrin.
"Dia (Danny) datang tak stadium malam ini?" ujar Mason Yasser. — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram