POLIS sudah menahan 21 remaja terlibat dalam pergaduhan yang mengakibatkan kecederaan terhadap beberapa individu dalam satu kejadian berhampiran sebuah gelanggang futsal sekitar sekolah menengah.
Ketua Polis Kota Kinabalu, Asisten Komisioner Kasim Muda mengesahkan bahawa mereka yang ditahan adalah pelajar Tingkatan Empat dan Tingkatan Lima di sekolah menengah.
Kesemua remaja itu sudah dibawa ke tahanan pada Khamis dan dibebaskan dengan jaminan polis.
BACA LAGI: [VIDEO] Tragedi mandi sungai, budak perempuan OKU mati lemas di Menggatal
BACA LAGI: Hasrat abang hadiahkan telefon tak kesampaian, adik ditemui tak bernyawa dekat rumah di Menggatal
"Insiden tercetus berikutan salah faham berkaitan pertikaian sebelum itu," katanya dalam satu kenyataan pada Jumaat.
Jelasnya, mangsa diserang sekumpulan remaja dan mengalami kecederaan terhadap beberapa anggota badan sebelum dia dibawa ke hospital untuk menerima rawatan.
Siasatan sedang dijalankan di bawah Seksyen 147 Kanun Keseksaan kerana melakukan kekacauan di tempat awam.
"Usaha akan diteruskan bagi menyiapkan kertas siasatan," katanya.
Sebelum ini, tular rakaman orang awam di media sosial memaparkan sekumpulan remaja bergaduh di gelanggang futsal dengan sebahagian daripada mereka masih berpakaian sekolah.
Insiden difahamkan berlaku di gelanggang serba guna di Kampung Tebobon, Menggatal, Sabah. — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram