POLIS sedang mengesan suspek disyaki terlibat melakukan jenayah memecah cermin tiga kenderaan di Dataran Sunway, Kota Damansara, Selangor pada 14 November lalu.
Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Shahrulnizam Ja'afar berkata, kejadian melibatkan tiga pemilik kenderaan pada waktu malam.
"Kejadian dikatakan berlaku antara 7 malam sehingga 8.30 malam.
"Antara barangan dicuri adalah dua unit komputer riba, masing-masing sebuah tablet, pengecas mudah alih (power bank) dan fon telinga, pelbagai kad bank serta dokumen peribadi membabitkan kerugian lebih RM4,500," katanya dalam kenyataan pada Selasa.
BACA LAGI: Kes kontena hempap kereta di P. Pinang belum reda, ada lagi insiden muatan berat jatuh di Putrajaya
BACA LAGI: [VIDEO] Diseret 20 meter, wanita sempat tolak anak sebelum maut digilis kereta api di Sabah
Shahrulnizam berkata, polis kini giat mengesan tiga suspek yang tertangkap dalam rakaman kamera papan pemuka (dashcam).
Katanya, kes disiasat mengikut Seksyen 379 Kanun Keseksaan.
Orang ramai yang mempunyai maklumat berhubung kejadian diminta menghubungi Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Petaling Jaya di talian 03-79662222 bagi membantu siasatan. — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram