SEORANG penunggang motosikal maut selepas terlibat dalam satu kemalangan di Jalan Parit Panjang Pontian, Johor pada Khamis.
Menurut Ketua Polis Daerah Pontian, Superintenden Mohammad Shofee Tayib, pihaknya menerima maklumat kemalangan tersebut daripada orang awam pada pukul 8.10 pagi Khamis melibatkan sebuah motosikal jenis Suzuki dan kenderaan jenis Perodua kancil.
"Hasil siasatan awal mendapati kemalangan dipercayai berlaku kira-kira pukul 07.55 pagi semasa Perodua Kancil yang dipandu seorang wanita warga tempatan berumur lingkungan 49 tahun bersama penumpang lelaki berumur 14 tahun dalam perjalanan dari arah Parit Panjang menghala ke Ayer Baloi.
BACA LAGI: [VIDEO] Tak puas hati kalah main pickleball, lelaki 'head kick' pemain lawan di Mexico
BACA LAGI: [VIDEO] Titik buta dipercayai punca penunggang maut digilis treler di Lebuh Raya Pasir Gudang
"Apabila sampai di tempat kejadian, motosikal yang ditunggang mangsa berumur 28 tahun masuk ke laluan mereka sehingga menyebabkan kemalangan.
"Akibat daripada kemalangan tersebut, penunggang motosikal mengalami cedera parah dan disahkan meninggal dunia di tempat kejadian," katanya dalam satu kenyataan pada Jumaat.
Seorang penunggang motosikal maut selepas terlibat dalam satu kemalangan di Jalan Parit Panjang Pontian, Johor pada Khamis. pic.twitter.com/zFEzkyAG5l
— Nadine Ardine (@MoMoT_Nadine) November 22, 2024
Tambah beliau lagi, pemandu serta penumpang turut mengalami kecederaan parah dan telah mendapat rawatan di Hospital Pontian.
"Kes disiasat di bawah Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 di mana jika disabitkan kesalahan penjara minimum 5 tahun dan maksimum 10 tahun serta denda RM20,000 hingga RM50,000 dan hilang kelayakan memegang lesen memandu selama tempoh tidak kurang 5 tahun," katanya.
Mohammad Shofee turut menggesa orang awam yang mempunyai maklumat berhubung kenyataan berikut untuk tampil ke Pejabat Trafik IPD Pontian atau menghubungi Inspektor Tong Siew Fen di talian 010-2090396 untuk membantu siasatan.
Terdahulu, tular satu video memaparkan kemalangan di Jalan Parit Panjang Pontian.
Melalui video yang dikongsikan, kelihatan seorang mangsa lelaki hanya terbaring kaku. Rurut kelihatan orang awam cuba membantu mangsa yang tersepit di dalam kereta kancil yang terbalik.
Sementara itu, menjengah ke ruangan komen, seorang warga maya, @Jojo_Me mendakwa impak daripada rempuhan tersebut menyebabkan penunggang motosikal berkenaan melambung beberapa meter selepas merempuh kenderaan tersebut.
"Ada orang kata, dia (mangsa) melambung jauh selepas dilanggar. Al-fatihah, aku syak dia micro sleep. Pagi-pagi nak cari rezeki, mungkin kepenatan bekerja," tulisnya.— Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram