[VIDEO] Guna modal 'pil herba' racuni kawan sendiri, pembunuh bersiri paling kejam Thailand dijatuhi hukuman mati


  • Benua
  • Khamis, 21 Nov 2024

Sararat Rangsiwuthaporn merupakan seorang kaki judi dalam talian dituduh menipu ribuan dolar daripada mangsanya sebelum membunuh mereka menggunakan sianida. — Agensi

WANITA Thailand yang dianggap antara pembunuh bersiri paling kejam dalam sejarah negara itu, 'Am Cyanide' dijatuhi hukuman mati pada Rabu atas kesalahan meracuni rakannya dengan sianida.

Hukuman itu dijatuhkan semasa perbicaraan pertama daripada 14 kes pembunuhan yang dikaitkan dengannya.

Sararat Rangsiwuthaporn, 36, merupakan seorang kaki judi dalam talian, dituduh menipu ribuan dolar daripada mangsa yang juga rakannya sebelum membunuh mereka menggunakan bahan kimia berbahaya itu.

BACA LAGI: ‘Mummy, saya sangat sakit’, kata-kata terakhir mangsa dihempap kontena di Bukit Mertajam kekal menghantui ibu sampai bila-bila

BACA LAGI: [VIDEO] Rider ‘superbike’ rentung, terseret beberapa meter gagal elak kereta masuk simpang di Mongolia

Memetik laporan media antarabangsa, Mahkamah di Bangkok mendapati dia bersalah membunuh rakannya, Siriporn Kanwong, yang meninggal dunia selepas mereka bertemu di kawasan berhampiran Bangkok pada April tahun lalu untuk upacara melepaskan ikan ke Sungai Mae Klong.

"Siriporn rebah dan meninggal dunia tidak lama kemudian dan penyiasat menemui kesan sianida dalam badannya.

"Polis kemudian mengaitkan Sararat dengan keracunan sianida itu, namun ia tidak dapat diselesaikan sejak 2015, kata pegawai.

Sementara itu, ibu mangsa, Tongpin Kiatchanasiri meluahkan rasa lega dengan keputusan mahkamah tersebut.

"Keadilan telah ditegakkan. Saya merindui anak saya, tetapi hari ini keadilan telah dicapai," katanya.

Sararat membiayai ketagihan judinya dengan meminjam wang daripada mangsa, termasuk sebanyak 300,000 Baht (RM40,248) dalam satu kes, sebelum membunuh dan mencuri barang kemas serta telefon bimbit mangsa.

Daripada 15 mangsa yang menjadi sasarannya, hanya seorang terselamat selepas enggan mengambil ‘kapsul herba’ yang mengandungi racun.

Sararat kini berdepan 13 lagi perbicaraan pembunuhan dan didakwa dengan lebih 80 kesalahan secara keseluruhan.

Bekas suaminya, seorang leftenan kolonel polis, dijatuhi hukuman penjara 16 bulan, manakala bekas peguamnya dihukum dua tahun kerana bersubahat dalam pembunuhan Siriporn.

Thailand pernah mencatatkan beberapa kes jenayah kejam berprofil tinggi, termasuk kematian enam warga asing di sebuah hotel mewah di Bangkok awal tahun ini, yang turut dikaitkan dengan keracunan sianida melibatkan hutang bernilai jutaan Baht. — Agensi

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram