[VIDEO] Titik buta dipercayai punca penunggang maut digilis treler di Lebuh Raya Pasir Gudang


  • Tular
  • Selasa, 12 Nov 2024

Tangkap layar seorang penunggang motosikal maut selepas terlibat dalam kemalangan ngeri melibatkan sebuah treler di Lebuh Raya Pasir Gudang ke Perling, Johor pada Selasa.

SEORANG penunggang motosikal maut selepas terlibat dalam kemalangan ngeri melibatkan sebuah treler di Lebuh Raya Pasir Gudang ke Perling, Johor pada Selasa.

Mangsa yang juga seorang lelaki berusia 34 tahun mengalami kecederaan parah di kepala dan meninggal dunia di tempat kejadian..

"Kemalangan di Johor pada pukul 8.46 pagi (Selasa). Lebuh Raya Pasir Gudang ke Perling, ada kemalangan maut.

BACA LAGI: [VIDEO] Rider ‘superbike’ rentung, terseret beberapa meter gagal elak kereta masuk simpang di Mongolia

BACA LAGI: [VIDEO] Anak bekas peguam terkenal di Hat Yai selamba 'minum-minum' lepas tembak mati rakan di restoran

"Rakaman kamera papan pemuka kenderaan (Dashcam), kemalangan treler dan motosikal," tulis individu terbabit.

Melalui rakaman yang dikongsikan, keadaan lebuh raya pada waktu kejadian agak sesak.

Motosikal terbabit berada di lorong kiri sebelum treler berkenaan merempuh motosikal tersebut.

Mangsa yang tidak dapat mengelak juga dipercayai digilis sebelum kenderaan berat itu memberhentikan kenderaannya.

Sementara itu, seorang pengguna WhatsApp mendakwa pemandu treler berkenaan berkemungkinan tidak menyedari kehadiran mangsa ekoran titik buta.

"Kalau nampak gaya jalan yang tengah sesak, tak mungkin sengaja langgar. Dia tak perasaan. Semoga dipermudahkan untuk urusan pemandu treler dan Al-Fatihah buat arwah," katanya.

Dalam pada itu, Ketua Polis Daerah Seri Alam, Superintendan Mohd Sohaimi Ishak pada Rabu mengesahkan mengenai kejadian tersebut.

Dalam satu kenyataan, beliau berkata, insiden pada pukul 1.07 tengah hari di Jalan Tembaga menghala ke Jalan Nikel itu berlaku membabitkan sebuah lori treler dan dua motosikal.

“Lori treler yang dipandu seorang lelaki tempatan berusia 45 tahun sedang menuju ke Jalan Nikel dan bertukar lorong kerana terdapat sebuah kereta terhenti di bahu jalan," ujarnya.

Sohaimi berkata, ketika kejadian, seorang penunggang motosikal berusia 46 tahun yang menuju ke arah sama terpaksa membrek secara mengejut bagi mengelak melanggar lori berkenaan.

Bagaimanapun, sebuah lagi motosikal yang datang dari belakang gagal berhenti dan melanggar motosikal pertama.

“Penunggang motosikal berusia 34 tahun yang menaiki motosikal kedua mengalami kecederaan serius di kepala dan meninggal dunia di tempat kejadian,” katanya.

Sohaimi berkata, penunggang motosikal pertama mengalami kecederaan pada lengan, paha dan pinggul dan dihantar ke Hospital Sultan Ismail di Pandan, Johor Bahru.

Ujarnya, kes disiasat mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram