KERAJAAN tidak bercadang untuk meningkatkan had umur persaraan bagi penjawat awam, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan), Dr Zaliha Mustafa.
Beliau berkata, kerajaan bagaimanapun bersedia untuk menjalankan kajian terperinci bagi meningkatkan umur persaraan sekiranya terdapat keperluan untuk berbuat demikian.
"Bagi pegawai awam yang dilantik bermula 1 Januari 2012, umur persaraan wajib adalah 60 tahun.
BACA LAGI: Leftenan Komander Wan Rezaudeen ingin bersara awal jaga anak — Bob Ringgo
BACA LAGI: 'Patut bersara usia 50 tahun, bagi peluang golongan muda terajui sektor awam'
Dr Zaliha berkata, kerajaan bersedia menjalankan kajian terperinci berhubung had umur persaraan penjawat awam.
“Bagi pegawai awam yang dilantik sebelum 1 Januari 2012, umur persaraan wajib adalah sama ada 55, 56, 58 atau 60 tahun berdasarkan pilihan pegawai,” katanya kepada Tan Kok Wai (PH-Cheras) menerusi jawapan bertulis di Parlimen.
Kok Wai bertanya sama ada kerajaan merancang untuk menaikkan had umur persaraan.
Sebelum ini, Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Wang Persaraan (KWAP), Datuk Nik Amlizan Mohamed pernah mencadangkan agar umur persaraan dinaikkan.
Beliau menyatakan bahawa jangka hayat rakyat Malaysia hari ini telah meningkat kepada 75 tahun berbanding 57 tahun sejak lima dekad lalu. — The Star
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram