'Baru open order dah sold out', piza kayu api air tangan pasangan warga emas gamit selera warga George Town


  • Bizz
  • Sabtu, 16 Nov 2024

Goh (gambar) dan isterinya memulakan perniagaan piza dibakar dengan kayu api dari rumah sejak lima tahun lalu.

DI Argyll Road, George Town, Pulau Pinang terletak sebuah kediaman menjadi tempat dua pasangan suami isteri warga emas mengusahakan perniagaan jualan piza dari rumah dengan menu berasal dari Itali itu dibakar secara tradisional dengan kayu api.

Piza hasil air tangan pasangan tersebut cukup popular sehingga tempahan terhadap hidangan itu kebiasaannya akan habis dalam tempoh beberapa hari lebih awal selepas ia dibuka.

Goh Lum Hin, 75, dan Lee Peik Hup, 76, sudah berkahwin sejak 48 tahun lalu, pada awalnya menjalankan perniagaan selama sedekad dengan membuka sebuah kedai kopi di Macalister Road.

Bagaimanapun, mereka kemudiannya beralih dan mengasaskan perniagaan piza kayu api dari rumah sejak kira-kira lima tahun lalu.

BACA LAGI: Mula berjualan sejak universiti, duo graduan UKM, UM berganding bina Pelita Dhihin tumpu pasarkan 'buku berat'

BACA LAGI: Hanya sedia perkhidmatan SMS, syarikat anak Malaysia di Jepun dijual pada nilai cecah lebih RM8 juta

Lee, yang lebih mesra dipanggil sebagai Auntie Pizza oleh pelanggannya berkata, mereka memulakan perjalanan perniagaan mereka kira-kira 22 tahun lalu selepas bersara daripada kerjaya masing-masing ketika menjangkau usia 55 tahun.

“Saya pernah bekerja di sebuah kilang elektronik multinasional di Bayan Lepas manakala suami saya seorang mekanik kereta di bandar George Town.

“Tugas kami dikongsi sama rata. Saya bertanggungjawab ke atas 'topping' dan menguli doh mengikut saiz dikehendaki, manakala dia bertanggungjawab membakar piza dalam ketuhar bata yang dibina sendiri,” katanya dalam satu temu bual.

2523528

Lee ketika sedang menguli doh mengikut saiz piza dikehendaki.

Goh berkata, dia diajar untuk membakar piza itu oleh rakan sekerja yang mempunyai perniagaan sampingan membuat piza beberapa tahun sebelum dia bersara.

“Saya belajar kepentingan kawalan api yang teliti dan proses mengalihkan piza secara strategik untuk memastikan masakan yang betul tanpa hangus. Piza yang baik juga mesti mempunyai kerak yang sedikit hangus.

“Kayu yang digunakan dalam ketuhar diperoleh daripada pokok bakau, dan saya mempunyai pembekal yang menghantarnya setiap hari ke rumah saya,” tambahnya.

Lee menambah bahawa mereka mempunyai 10 jenis 'topping' dan yang paling laris adalah piza 'Hawaii' dan piza 'Cheese Lover', dengan keju jenis 'cheddar' serta 'mozzarella' dihiris pada di bahagian atas sebelum dibakar.

“Kami tidak membuat banyak piza, hanya 20 keping sehari. Kami melakukan ini hanya untuk menghabiskan masa kami kerana anak lelaki dan anak perempuan saya sudah dewasa dan mereka mempunyai kehidupan mereka sendiri.

“Anak saya bekerja di Pulau Pinang, tetapi dia tidak tinggal bersama kami, manakala anak perempuan saya di Amerika Syarikat,” katanya. — The Star/BERNARD SEE

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram