KERAJAAN Selangor masih belum menerima sebarang maklum balas daripada Polis Diraja Malaysia (PDRM) berhubung laporan siasatan insiden simbah asid terhadap pemain Selangor FC, Faisal Halim.
Exco Belia, Sukan dan Keusahawanan negeri, Mohd Najwan Halimi berkata, pihaknya masih belum mengetahui status terkini mengenai kes Faisal.
"Speaker DUN (Dewan Undangan Negeri) telah menulis surat kepada pihak polis memaklumkan tentang usul yang dipersetujui secara konsesus dalam sidang yang lalu.
BACA LAGI: [VIDEO] 'Faisal Halim is back', jaringan latihan berkelas dunia ubat kerinduan penyokong
BACA LAGI: [VIDEO] Bekas orang kuat Jose Mourinho calon paling sesuai duduk kerusi no.1 Selangor FC
"Dalam surat itu, kita minta siasatan menyeluruh dan laporan siasatan berkenaan didedahkan kepada khalayak umum.
"Namun sehingga kini, kita masih tidak menerima sebarang maklum balas," katanya pada Persidangan DUN Negeri Selangor di Dewan Negeri Selangor, pada Jumaat.
Pada persidangan lepas, usul tergempar mengecam perbuatan ekstrem dan keganasan terhadap atlet diluluskan secara konsensus oleh Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Selangor yang antara lain mendesak supaya siasatan menyeluruh dilakukan terhadap kes berkenaan dan dapatan kes didedahkan untuk pengetahuan awam.
PDRM disarankan supaya segera mendedahkan siasatan terkini termasuk pelaku kejadian simbahan asid terhadap Faisal. — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram