"SEHINGGA kini saya tak tahu siapa dia itu."
Itulah perkongsian dikongsikan oleh Bekas Pengurus Harimau Malaya, Datuk Wira Kamarul Ariffin selepas ditanya Datuk Afdlin Shauki dalam podcast WK TV baru-baru ini berkenaan insiden simbahan asid yang menimpa pemain kebangsaan, Mohd Faisal Abdul Halim.
Kamarul mengakui terkejut dan terduduk apabila mendapat khabar berita mengenai Faisal Halim yang menjadi mangsa simbahan asid oleh individu tidak dikenali di sebuah pusat membeli-belah sekitar Petaling Jaya, Selangor pada Mei lalu.
BACA LAGI: [VIDEO] 'Faisal Halim is back', jaringan latihan berkelas dunia ubat kerinduan penyokong
BACA LAGI: [VIDEO] Bekas orang kuat Jose Mourinho calon paling sesuai duduk kerusi no.1 Selangor FC
"Kejadian yang menimpa Mickey (Faisal Halim) hari Ahad, saya keluar rumah ketika itu. Pemandu saya ambil kita pergi minum di Brickfields.
"Saya menerima panggilan daripada seseorang yang ada di tempat kejadian memberitahu saya 'Datuk, Mickey kena simbah asid'.
"Terduduk saya di depan kedai itu, saya tak boleh nak kata apa ketika itu sehingga pemandu saya datang sebab ingatkan saya jatuh.
"Selepas itu saya masuk ke dalam kereta dan telefon seseorang untuk mengesahkan kejadian itu, saya juga dihubungi rakan-rakan polis, kata Mickey dibawa ke Hospital Thomson," kongsinya dalam Podcast itu sambil menahan sebak.
Keadaan Faisal selepas menjadi mangsa simbahan asid.
Tambahnya lagi, beliau jua antara individu terawal yang berada di Hospital Thomson untuk melihat keadaan Faisal Halim yang baru disimbah asid.
"Saya diminta dari kalangan ahli keluarganya untuk bersama dia (Faisal) saya pergi dan sampai ke Hospital Thomson, ramai orang dan saya dibenarkan masuk.
"Saya antara orang yang pertama, saya nak kongsikan sedikit apabila Mickey nampak saya ketika itu belah kiri (muka dan badan) semua dah habis.
"Semuanya dah dibalut sampai ke bawah, semuanya 100 peratus dah habis, dia pegang tangan saya dia kata 'Kalau dia tak nak saya main bola, jangan buat saya macam ini'.
"Saya peluk dia dan saya menangis, sampai sekarang saya tak tahu siapa dia itu.
"Dia itu mungkin 'bookie' mungkin tidak, biar masa dan takdir yang menentukan," ujarnya.
Kamarul juga yakin dalam kes ini tiada 'bookie' yang terlibat kerana amat mengenali Faisal Halim sejak awal kariernya sehingga kini.
"Bagi saya pendapat peribadi, beberapa tahun saya mengenali dia masa mula-mula datang ke Pahang daripada Pulau Pinang selepas itu ke Terengganu sekarang Selangor.
"Saya jamin 100 peratus, 'bookie' tiada dalam kamus hidup Faisal Halim, seorang pemain yang bernama Mickey ini tak akan terpengaruh dengan agenda 'bookie'.
"Saya sebagai bekas pengurus dia, saya jamin tentang perkara itu. Tapi apa yang dia maksudkan itu kita tak tahu," jelasnya.
Selepas enam bulan mengalami detik-detik hitam disimbah asid oleh individu tidak dikenali, Faisal Halim kini sudah bangkit apabila tampil dalam enam perlawanan di Liga Super dan Liga Juara-Juara Asia 2 (ACL 2) bersama Selangor. — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram