'Ikut Tomi balik kampung ke?', fans Terengganu 'detect' kehilangan pemain import


  • Podium
  • Khamis, 14 Nov 2024

Terengganu berada di tempat keempat dalam Liga Super.

PENYOKONG Terengganu FC menyedari kehilangan pemain import mereka selepas pihak pengurusan memuat naik gambar sesi latihan terbaharu pasukan di media sosial pada Khamis (14 November).

Bintang import yang dimaksudkan penyokong Terengganu ialah Marin Pilj selepas menyedari kelibat pemain kelahiran Croatia itu tiada dalam sesi latihan.

Penyokong Sang Penyu juga menimbulkan persoalan adakah Marin mengikuti bekas pengendali, Tomislav Steinbruckner pulang ke Croatia kerana jurulatih itu juga berasal di negara yang sama.

BACA LAGI: [VIDEO] 'Faisal Halim is back', jaringan latihan berkelas dunia ubat kerinduan penyokong

BACA LAGI: [VIDEO] Bekas orang kuat Jose Mourinho calon paling sesuai duduk kerusi no.1 Selangor FC

"Marin tak ada dalam gambar (latihan), ke tak ada dah," kata Mohd Effendi Abdullah.

"Pergi mana Marin? Ikut Tomi (Tomislav) balik dah ke?" soal Shafareen Ali.

"Hilang pula dah seorang," ujar Niqo Al-Patricio.

Kehilangan pemain import dalam kem Terengganu bukanlah pertama kali menjadi persoalan dalam kalangan penyokong Sang Penyu selepas insiden Ivan Mamut sebelum ini.

Selain itu, penyokong Terengganu juga tidak yakin dengan latihan dilakukan oleh barisan kejurulatihan selepas pemain-pemain Sang Penyu tidak beraksi dengan baik dalam beberapa perlawanan terakhir.

"Nampak latihan hebat dah, tapi bila main hancur lebur," luah Mohd Isa.

"Training buat apa?" soal Fasyah Kamarudin.

"Team tak 'solid' sebelum ini dah, 'gameplay' pun tak teratur nak tengok," jelas Muhd Farish Nazmie.

Untuk rekod musim ini, Terengganu berada di tempat keempat dengan lima kemenangan, enam seri dan tiga kekalahan dalam 14 perlawanan Liga Super. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram