DUA wanita hamil antara empat yang maut apabila kereta dinaiki mereka terbabas berhampiran pusat beli-belah IOI City Mall, Putrajaya pada Khamis.
Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Ahmad Mukhlis Mokhtar berkata, anggota bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Cyberjaya dikejarkan ke lokasi sebaik menerima laporan kemalangan pada pukul 12.10 tengah malam.
“Terdapat empat mangsa masing-masing dalam kereta, dua lelaki dan dua perempuan hamil. Seorang wanita hamil cedera parah dan sudah dihantar ke Hospital Putrajaya.
BACA LAGI: Wanita hamil 8 bulan, anak hilang di Kuantan ditemukan di KLIA
BACA LAGI: [VIDEO] Dakwaan wanita sarat hamil hadir sambutan merdeka di Pahang tidak benar, suami lapor polis
Pihak bomba menerima laporan berhubung kes tersebut pada kira-kira pukul 12.10 tengah malam.
“Dua lelaki dan dua lagi wanita hamil disahkan meninggal dunia oleh pihak Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM),” katanya dalam kenyataan pada Khamis.
Menurut Mukhlis, kemalangan membabitkan sebuah kereta Perodua Viva yang dipercayai terbabas sendiri.
Mereka yang meninggal dunia ialah Muhammad Danial Mohd Nuzi berusia 24 tahun, Nurulhuda Ramli, 41 dan Amizan Sapiie, 27 serta Nizasuhana Ujang, 28 dengan masing-masing sudah dibawa ke Hospital Putrajaya untuk tindakan selanjutnya. — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram